Siapa bekas pemain kebangsaan ditahan polis?

Siapa bekas pemain kebangsaan ditahan polis?

POLIS menahan seorang bekas pemain bola sepak kerana menceroboh sebuah bilik hotel di daerah Petaling Jaya sebelum bertindak agresif baru-baru ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Belum pun reda isu pemain bola sepak mengasari bekas teman wanita di Sabah, hari ini polis Petaling Jaya mengesahkan telah menahan seorang bekas pemain kebangsaan atas tuduhan menceroboh bilik hotel dan bertindak agresif baru-baru ini.

Bekas pemain berusia 49 tahun yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya dan Perak sekitar 2000-an itu ditahan pada Khamis lalu sebelum dibebaskan semalam selepas direman di Mahkamah Petaling Jaya.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita, bahawa bilik penginapannya diceroboh pada Rabu lalu oleh seorang bekas pemain bola sepak tempatan di hotel yang beralamat di Kelana Jaya.

“Pada 22 Jun 2023, jam lebih kurang 2.10 pagi, pihak polis IPD Petaling Jaya telah menerima laporan polis daripada seorang perempuan warga tempatan yang menyatakan bilik hotelnya diceroboh seorang lelaki warga tempatan yang dikenalinya.

“Suspek yang merupakan bekas pemain profesional liga bola sepak tempatan meninggalkan bilik hotel setelah pengadu mendapat bantuan dari pekerja hotel.

“Bertindak dari maklumat dan risikan dijalankan pada 22 Jun 2023, jam 1 tengahari, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Petaling Jaya berjaya menahan suspek di Jalan Penchala, Petaling Jaya, Selangor untuk membantu siasatan.

“Suspek telah direman di Mahkamah Petaling Jaya bermula 23 Jun 2023 dan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama. Kes telah disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” kata kenyataan polis.

Menghangatkan lagi keadaan, suami kepada wanita berkenaan mengeluarkan kenyataan di Facebook mengenai apa sebenarnya yang berlaku pada hari kejadian.

“Terima kasih pada semua yang membantu isteri saya sebelum ketibaan saya di Kuala Lumpur. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

“Tetapi untuk si pesalah, sudah tiba masanya untuk mendapat habuan yang setimpal. Apabila dia bertindak menceroboh bilik hotel dan bertindak agresif terhadap bini aku sehingga taruma, tiada maaf bagi kau, bekas pemain Malaysia dan Perak.

“Bila aku dah nekad untuk teruskan (kes ini) ke mahkamah, duduklah kau dalam tahanan kolap sementara. Kau amat dikenali di kaca televisyen dan dalam padang,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya