Shah Firdaus layak digelar "The Terminator"

Shah Firdaus layak digelar “The Terminator”

NILAI, Negeri Sembilan, 18 JUN 2023 - Atlet berbasikal kebangsaan, Datuk Azizulhasni Awang disambut oleh ahli keluarga dan penyokong selepas berjaya meraih pingat emas manakala Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih pingat gangsa dalam acara yang sama iaitu berbasikal akhir (Lelaki) Elite Keirin dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2023 di Velodrom Nasional, Nilai di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID / UTUSAN )
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI: Jika jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang diberi gelaran “The Pocket Rocketman” kerana keupayaannya menyusup laju di celah-celah pelumba bersandarkan fizikalnya yang bertubuh kecil, maka sudah tiba masanya rakan sepasukan, Shah Firdaus Sahrom diberikan nama julukan atas semangat juangnya yang tinggi.

Azizul menggelar Shah sebagai “The Terminator”, watak filem yang dilakonkan Arnold Schwarzenegger sebagai sebuah cyborg daripada masa hadapan yang tidak mudah ditewaskan bagi menggambarkan kekentalan Shah yang cekal menghabiskan perlumbaan biarpun dilanggar di peringkat separuh akhir di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai hari ini.

Gelaran itu diberikan Azizul sejurus selepas tamat acara akhir keirin, Azizul meraikan kejayaannya meraih pingat emas ke-12 di peringkat Asia dengan Shah yang turut berjaya meraih pingat gangsa.

Nilai, Negeri Sembilan, 18 JUN 2023 – Atlet berbasikal kebangsaan, Datuk Azizulhasni Awang berjaya meraih pingat emas manakala Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih pingat gangsa dalam acara yang sama berbasikal akhir (Lelaki) Elite Keirin dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2023 di Velodrom Nasional, Nilai di sini hari ini. GAMBAR – AMIR KHALID / UTUSAN )

Azizul menggelar Shah sebagai “The Terminator”, watak filem yang dilakonkan Arnold Schwarzenegger sebagai sebuah cyborg daripada masa hadapan yang tidak mudah ditewaskan bagi menggambarkan kekentalan Shah yang cekal menghabiskan perlumbaan biarpun dilanggar di peringkat separuh akhir.

Insiden ketika peringkat separuh akhir itu hampir meragut peluang Shah ke final apabila secara tiba-tiba basikalnya dilanggar pelumba China, Qi Liu yang menyaksikan empat pelumba terbaring di atas trek.

Shah bingkas bangkit untuk menghabiskan kayuhan tanpa sedar pelana basikalnya sudah patah, dan secara tidak sengaja dia mengalami luka di bahagian kelangkang, selain turut menahan sakit di bahu dan bahagian belakang badan.

Atlet berbasikal kebangsaan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terlibat dalam pelanggaran ketika acara separuh akhir (Lelaki) Elite Keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2023 di Velodrom Nasional, Nilai di sini hari ini. GAMBAR – AMIR KHALID

Mujur pengesahan photo finish melayakkan Shah menyertai enam pelumba lain untuk bersaing di final, dan kurang sejam selepas insiden itu, Shah kembali semula menunggang basikalnya untuk meraih pingat gangsa, di belakang pelumba Jepun, Shinji Nakano dan juara, Azizul.

“Misi kita untuk hari ini sampai ke final, memang harapan kami untuk merampas semula juara, tak kisah siapa menang. Di separuh akhir tu, di awal tak ada masalah, bila Jepun mula memecut saya punya kaki memang dalam keadaan baik tapi tiba saya tak tahu apa yang berlaku, sebab semuanya berlaku dengan pantas, rupanya pelumba China (Qi Liu) tu bersilang tayar dengan pelumba Jepun, dan kami berlima terbang.

“Saya hanya mahu menghabiskan perlumbaan sahaja, walaupun berada di kedudukan keenam, saya mahukan mata, sebagai misi nak tambah mata Olimpik. Saya ambil basikal, saya tak tahu apa berlaku kat basikal, hanya kayuh saja, tapi saya tak boleh tekan kaki saya, basikal saya memang dah hancur tetapi nasib baik boleh gerak lagi.

“Alhamdulillah rezeki dapat ke final dan di final saya hanya nak buat yang terbaik, saya tidak kisah menyesal ke apa, hanya nak buat yang terbaik, dengan badan saya memang sakit, belakang bawah saya pula tercucuk dengan tempat duduk yang patah, memang saya tak boleh duduk atas basikal,” jelas Shah yang ditemui pemberita selepas tamat perlumbaan.

Insiden kemalangan ketika berlumba ini bukanlah yang pertama kali bagi Shah, kerana dia turut pernah mengalami kecderaan tulang rusuk ketika bersaing dalam acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas dilanggar pelumba Great Britian, Jack Carlin.

Begitu juga ketika dia menyertai Piala Negara Negara di Indonesia pada Februari, disusuli satu lagi insiden perlanggaran ketika di Kejohanan Trek Antarabangsa Hong Kong bulan lalu.

Biarpun kerap tumbang dilanggar lawan, Shah membuktikan keinginan dan kemahuan mengatasi segala kesakitan yang dialami bagi memastikan kemegahan Jalur Gemilang dapat dikibarkan di atas podium.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya