Sangkut doping angkara 'kopi kurus' - Utusan Malaysia

Sangkut doping angkara ‘kopi kurus’

SEORANG atlet olahraga disahkan positif doping gara-gara mengambil kopi untuk menurunkan berat badan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet olahraga yang disahkan positif doping tiada niat mengambil bahan terlarang untuk meningkatkan pres­tasi, sebaliknya dia naif ketika mengambil produk menguruskan badan.

Ketua Jurulatih Olahraga Kebangsaan, Zaki Sadri mendedahkan, atlet pelapis dalam acara lompat tinggi yang berada di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN) itu mengambil kopi dengan tujuan menurunkan berat badan.

Kesilapan terbesar atlet wa­nita berusia berusia 20-an itu ialah tidak mendapatkan khidmat nasihat daripada jurulatih dan Institut Sukan Negara (ISN) sebelum mengambil produk yang mudah diperoleh di pasaran tersebut.

Tegas Zaki, bahan terla­rang yang ada di dalam kopi itu langsung tidak menyumbang kepada peningkatan prestasi sebaliknya hanya untuk kurus dan tujuan kecantikan semata-mata.

“Kes ini sebenarnya atlet berkenaan tidak tahu dia mengambil bahan terla­rang. Saya diberitahu dia ada mengambil minuman jenis kopi untuk kurus kerana dia beraksi dalam acara lompat tinggi dan tidak mahu gemuk.

“Sepatutnya atlet macam dia yang berada di bawah program MSN kena dapatkan nasihat jurulatih dan ISN sebelum ambil apa jua minuman dan makanan tambahan bagi mengelak perkara sebegini berlaku.

MOHD. ZAKI SADRI

“Sekarang ini, iklan yang menjual minuman dan barangan kosmetik terlampau bebas me­ngaut keuntungan sehinggakan mema­sukkan bahan terlarang untuk kesan yang cepat, tanpa sedar ia juga merosakkan organ dalaman.

“Atlet berkenaan kini digantung daripada sebarang kejohanan dan kita sedang menunggu keputusan lanjut pihak terbabit (Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS)),” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Terdahulu, ADAMAS mengesahkan, seorang atlet yang bertanding dalam Kejohanan Olahraga Kebangsaan pada Fe­bruari lalu positif ujian doping.

Pengesahan diterima daripada Makmal Anti-Doping, Doha, Qatar (ADLQ) bagi analisis sampel dengan penemuan Sibutramine yang tersenarai dalam bahan la­rangan Agensi Anti Doping Dunia (WADA).

“Kita sudah tahu awal keputusan positif itu, namun ketika itu belum rasmi. Atlet ber­kenaan pada awalnya hendak dibawa ke Sukan SEA Kemboja untuk acara lompat tinggi.

“Bagaimanapun, saya dan pihak pengurusan ambil keputusan tidak membenarkan dia bertanding bagi mengelak persatuan digantung sekiranya atlet itu sekali lagi dikesan positif,” kata Zaki.

Beliau turut menasihatkan ­atlet negara tidak mengambil minuman atau makanan tambahan sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada jurulatih dan ISN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya