Postecoglou jurulatih baharu Spurs

Postecoglou jurulatih baharu Spurs

Angie Postecoglou
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tottenham akhirnya mengumumkan pelantikan jurulatih baharunya, Angie Postecoglou dengan kontrak selama empat tahun.

Pengurus yang berasal dari Australia dan berumur 57 tahun itu secara rasmi akan menyertai kelab London Utara pada 1 Julai selepas Spurs bersetuju membayar pampasan 5 juta pound (RM28.6 juta) kepada Hoops.

Postecoglou pernah memenangi lima trofi dalam dua musim di Scotland semasa mengendali Celtic, selepas berpindah daripada kelab Jepun, Yokohama F. Marinos.

Semasa mengesahkan pelantikan itu, pengerusi Spurs Daniel Levy berkata, Ange mempunyai mentaliti positif dan gaya permainan menyerang yang pantas.

“Dia mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam membangunkan pemain dan pemahaman tentang kepentingan hubungan daripada akademi – segala-galanya yang penting kepada Kelab kami.

“Kami teruja untuk mempunyai Ange menyertai kami ketika kami membuat persiapan untuk musim hadapan,” katanya.

Spurs sebelum ini pernah dikaitkan dengan bos Feyenoord Arne Slot.

Bagaimanapun, selepas pemain Belanda itu menandatangani perjanjian baharu dengan juara Eredivisie itu, Postecoglou muncul sebagai sasaran No. 1 Tottenham.

Postecoglou dijangka menyertai Spurs bersama pembantunya di Celtic, John Kennedy dan jurulatih pasukan utama Gavin Strachan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya