Politik negara tidak halang atlet para cemerlang - Utusan Malaysia

Politik negara tidak halang atlet para cemerlang

Malaysia meraih 'ibu segala pingat' dengan memenangi emas bola sepak Cerebral Palsy (CP) 7 sepasukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketidaktentuan politik negara mungkin dianggap punca kontinjen Malaysia gagal dalam Sukan SEA bulan lalu, namun ia langsung tidak menjejaskan atlet para melakar kejayaan membanggakan pada Sukan Para ASEAN Kemboja yang melabuhkan tirai semalam apabila membawa pulang 50 pingat emas, 38 perak dan 34 gangsa.

Lebih manis, skuad bola sepak para Cerebral Palsy (CP) 7 turut menggondol ibu segala pingat dengan menewaskan seteru utama, Indonesia dalam perlawanan akhir menerusi sepakan penalti dengan keputusan 3-1, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Kontinjen para hanya memerlukan empat hari untuk mecapai sasaran 33 pingat emas yang ditetapkan sebelum ini.

Skuad renang menjadi penyumbang emas paling banyak dengan meraih 26 emas, diikuti olahraga 14 emas.

Abdul Halim Mohammad dari sukan para renang dinobat sebagai atlet terbaik negara apabila menggondol lima emas dan satu gangsa, selain memecah rekod temasya dalam tiga acara 200 meter (m) rampaian individu, 50m gaya bebas serta 50m kuak dada kategori S8.

GANDINGAN Muhammad Ikhwan Ramli-Noor Azwan Noorlan menghadiahkan pingat emas terakhir dan ke-50 buat negara dalam saingan badminton beregu lelaki WH1/WH2 berkerusi roda.

Tidak hanya bergantung kepada sukan-sukan yang menjadi lubuk emas, percaturan Malaysia menghantar wakil buat kali pertama dalam judo turut meraih emas menerusi Muhammad Fatah Abdul Bakar dalam kategori 73 kiloram (kg) J2.

Pungutan pingat kali ini lebih baik dibandingkan pada edisi lalu di Indonesia iaitu 36 emas.

“Mereka datang ke Kemboja untuk beri yang terbaik, dan Alhamdulillah kami berjaya mencapainya (sasaran 33 pingat emas) dalam tempoh empat hari sahaja tetapi dalam masa yang sama kami tetap memberitahu atlet lain yang belum capai untuk terus mendapatkan emas.

“Bagi saya, tugas kami adalah dapatkan pencapaian terbaik dan mengharumkan nama negara, paling penting kita boleh lihat atlet sedia untuk berkorban. Politik tidak boleh dicampur aduk dengan sukan.

“Ini akan menjadi momentum terbaik bagi menghadapi Sukan Para Asia di Hangzhou China, baik dari segi mental dan fizikal, saya pasti atlet kita mahu terus mencabar diri mereka,” jelas Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D. Shariman Zaharuddin dalam sidang akhbar semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya