Pelumba basikal Switzerland maut jatuh gaung

Pelumba basikal Switzerland maut jatuh gaung

GINO MADER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERN, Switzerland: Sukan berbasikal memberi penghormatan terakhir kepada pelumba Switzerland, Gino Mader yang meninggal dunia akibat kecede­raan selepas terlibat dalam kemalangan pada Tour de Suisse.

Insiden malang tersebut berlaku ketika Mader, 26, berada pada kelajuan tinggi menuruni Albula Pass di pe­ringkat lima perlumbaan bersama pelumba Amerika Syarikat, Magnus Sheffield kelmarin.

Kedua-dua pelumba ­terjatuh ke gaung, dan Mader ditemui tidak bergerak di dalam air sebelum diselamatkan oleh doktor dan dihantar ke hospital di Chur.

Bagaimanapun semalam, pasukannya, Bahrain-Victorious ­me­ngumumkan Mader gagal diselamatkan.

“Dengan ke­sedihan mendalam dan hati yang berat, kami mengumumkan pemergian Gino Mader.

“Pada Jumaat, 16 Jun, ekoran kemalangan sangat serius di peringkat kelima Tour de Suisse, Gino tewas dalam perjuangannya untuk pulih daripada kecederaan parah yang dialaminya.

“Seluruh pasukan amat sedih dengan kemalangan tragis ini. Ingatan dan doa kami bersama keluarga Gino serta orang tersayang dalam situasi yang amat sukar ini.

“Berikutan insiden berkelajuan tinggi yang berlaku semasa menuruni laluan terakhir pada Khamis, lelaki berusia 26 tahun itu diselamatkan di tempat kejadian oleh kakitangan perubatan yang turut melakukan CPR, sebelum dibawa ke hospital.

“Walaupun kakitangan Hospital Chur telah melakukan usaha terbaik untuk menyelamatkannya, namun Gino tidak dapat mengharungi kecederaan itu dan pada pukul 11.30 pagi, kami mengucapkan selamat tinggal kepada salah satu pelumba terbaik pasukan,” lapor kenyataan pasukan Ineos Grenadiers.

Sementara itu, Sheffield, 21, mengalami gegaran dan kerosakan tisu lembut dalam nahas tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya