Pang Ron-Mei Xing jadi juara di Maldives

Pang Ron-Mei Xing jadi juara di Maldives

Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron (kanan) dan Teoh Mei Xing berjaya mengungguli Kejohanan Cabaran Antarabangsa Maldives 2023 sebentar tadi. (FOTO: Persatuan Badminton Malaysia)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing menceriakan kem kebangsaan apabila menjadi juara Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Maldives 2023 sebentar tadi.

Aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Male, Maldvies menyaksikan Pang Ron dan Mei Xing yang diletakkan pilihan ketiga kejohanan mencipta kejutan untuk menewaskan pilihan pertama kejohanan dari Amerika Syarikat, Vinson Chou-Jennie Gai dengan keputusan 21-13, 21-18 selepas berentap selama 40 minit.

Ini merupakan gelaran juara mereka yang kedua selepas mengungguli saingan Cabaran Antarabangsa Malaysia pada Disember tahun lalu.

Harapan Malaysia untuk melihat Malaysia meraih satu lagi gelaran juara di kejohanan ini tidak kesampaian apabila perseorangan lelaki profesional, Soong Joo Ven dikecewakan pemain India, R, Ravi dengan keputusan 19-21, 18-21 dalam aksi perlawanan akhir.

Nasib sama turut menimpa beregu lelaki profesional negara, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong untuk sekadar menjadi naib juara apabila hasrat mereka disekat pasangan Thailand, Pharanyu Kaosamaang-Worrapol Thongsa Nga dengan keputusan 19-21, 16-21.

Dalam satu lagi saingan di Terbuka Singapura, perjalanan Malaysia di kejohanan itu berakhir setelah kedua-dua wakil mereka terkandas di peringkat separuh akhir.

Terdahulu, pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei akur dengan kehebatan pilihan kedua kejohanan dari Jepun, Arisa Higashino-Yuta Watanabe dengan keputusan 17-21, 22-24.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik

Selepas itu, beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kempunan untuk melangkah ke pentas final apabila tewas kepada pasangan muda China, Liang Wei Keng-Wang Chang dengan keputusan 21-16, 15-21, 17-21.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya