Pakistan sekat langkah Malaysia untuk ke perlawanan akhir

Pakistan sekat langkah Malaysia untuk ke perlawanan akhir

MALAYSIA gagal meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir Piala Remaja Asia di Salalah, Oman selepas tewas kepada Pakistan di separuh akhir. - IHSAN AHF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat Malaysia untuk memburu kejuaraan kedua hoki Piala Remaja Asia tidak kesampaian apabila tewas 2-6 kepada Pakistan pada separuh akhir di Salalah, Oman awal pagi tadi.

Kekalahan itu menyaksikan skuad negara yang merupakan juara 2012 akan berdepan Korea Selatan untuk penentuan tempat ketiga pukul 9.30 malam ini.

Pakistan yang turun dengan status juara tiga kali akan menentang India yang turut memenangi kejohanan ini tiga kali dalam perlawanan akhir. India layak ke final selepas membelasah Korea Selatan 9-1.

Ketua Jurulatih skuad hoki remaja negara, Muhamad Amin Rahim berkata, faktor fizikal serta kecederaan yang dialami pemain sebelum dan ketika perlawanan antara punca keputusan mengecewakan hari ini.

“Sesuatu yang sukar diterima apabila kami tewas 2-6 , namun daripada perlawanan ini juga kami dapat lihat apa kekurangan perlu diperbaiki dan apa kelebihan yang boleh ditambah baik lagi.

“Namun saya perlu berikan pujian kepada pemain-pemain saya kerana memberikan aksi yang sangat baik pada tiga suku perlawanan walaupun selepas itu di suku terakhir dapat dilihat fizikal pemain mula menurun.

“Pemain-pemain saya sangat berdisipin  hari ini, mengikut apa yang telah kami barisan kejurulatihan atur dan sudah tentu kami perlu melihat kembali kesilapan yang dilakukan.

“Kami akan turun bertemu Korea sekali lagi dan walaupun kami menewaskan mereka pada peringkat kumpulan 3-1, namun keputusan tersebut sudah tidak boleh dijadikan penanda aras lagi kerana perlawanan penentuan pingat sesuatu yang berbeza,” katanya.

Malaysia memecah kebuntuan gol pada minit ke-21 hasil pukulan sudut penalti  Perabu Tangaraja, namun  Pakistan mengikat kedudukan pada minit ke-42 menerusi  Mohammad Khan yang kemudian menambah gol kedua  di minit ke-44.

Semangat pemain negara dilihat tidak luntur untuk kembali mengejar, dan seminit kemudian, Muhammad Danish Aiman Khairil Anuar menghasilkan gol kedua  selepas dia yang tidak dikawal berjaya menewaskan penjaga gol Pakistan.

Bagaimanapun segalanya seakan tidak menjadi buat Malaysia pada suku terakhir apabila Pakistan menjaringkan empat gol menerusi Abdul Shahid (47), Abdul Rehman (48, 51) serta Ahmad Arbaz (58).UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya