Nilai Rice tidak sampai RM590 juta

Nilai Rice tidak sampai RM590 juta

DECLAN RICE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas pemilik Crystal Palace, Simon Jordan mengecam Arsenal kerana menawarkan 80 juta pound (RM472 juta) dan tambahan 10 juta pound (RM59 juta) sebagai harga pembukaan ­Declan Rice.

Biarpun menawarkan harga tinggi, namun West Ham menolak tawaran itu kerana tidak mencukupi dan berkeras menuntut 100 juta pound (RM­590 juta) untuk kapten serta bintang tengah mereka.

Bercakap kepada TalkSPORT, Jordan berkata, jika Arsenal mele­takkan 80 juta pound sebagai harga awal, pembida akan menganggap mereka bermula dari nilai tersebut.

“Saya tidak fikir Declan Rice bernilai 100 juta pound tetapi itu adalah pasaran semasa, dan pasaran akan me­macu harga tersebut,” kata­nya.

Pada masa sama, Gunners telah menyatakan bahawa mereka bersiap sedia memenuhi harga yang diminta oleh The Hammers dan ia mampu mencecah lebih 100 juta pound.

Juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris, Manchester City juga bersedia bersaing untuk mendapatkan bintang England berusia 24 tahun itu, sekali gus mampu mendorong harganya menjadi ­le­bih tinggi. – AGENS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya