Nicol lega Sivasangari kembali ke prestasi terbaik - Utusan Malaysia

Nicol lega Sivasangari kembali ke prestasi terbaik

S. Sivasangari (kanan) akan menentang Chan Sin Yuk pada perlawanan akhir Kejohanan Asia di Hong Kong.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kali terakhir Malaysia merangkul gelaran Asia ialah pada lapan tahun lalu menerusi Datuk Nicol David dan sejak itu, belum ada pemain wanita negara yang berjaya mengikut jejak langkah juara dunia lapan kali itu.

Begitupun semalam, wakil Malaysia yang menghuni ranking ke-50 dunia, S. Sivasangari mengesahkan slot akhir menjadi miliknya apabila menyingkirkan pemain No. 18 dunia, Satomi Watanabe dari Jepun 11-9, 14-12, 11-8 pada peringkat empat terbaik Kejohanan Skuasy Asia 2023 di Hong Kong.

Nicol yang memenangi Kejua­raan Asia sebanyak lapan kali ketika ditemui pemberita melahirkan rasa gembiranya menyaksikan anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu kembali ke landasan terbaiknya.

“Saya gembira mendengar dia beraksi baik pada Kejohanan Asia dan berharap selepas ini, dia lebih berhati hati dan berlatih bersungguh-sungguh untuk kekal konsisten dalam permainannya,” katanya sewaktu meluangkan masa bermain skuasy bersama media anjuran AIA Malaysia di sini, semalam.

NICOL DAVID (berdiri, enam dari kanan), CEO AIA Malaysia, Ben Ng (berdiri, tujuh dari kanan) dan CEO AIA Public Takaful, Elmie Aman Najas (kanan) bergambar bersama media di Kelab Golf & Country Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/AIZAWATI AHMAD

Bekas ratu skuasy negara itu yang merupakan duta AIA Malaysia sejak 2020 akan kekal bersama syarikat insurans itu selepas menyambung kontrak setahun lagi sehingga tahun depan.

Turut hadir pada majlis itu, ­Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AIA, Ben Ng; Ketua Pegawai Pemasaran AIA, Heng Zee Wang dan CEO AIA Public Takaful, Elmie Aman Najas.

Menurut Nicol, dia amat berharap para pemain negara dapat memberikan yang terbaik dalam apa juga pertandingan yang mereka sertai termasuk Kejohanan Asia.

“Sebagai pemain, amat pen­ting mereka mempamerkan prestasi yang baik serta beraksi mengikut ranking masing-masing dan ja­ngan pula pergi lebih rendah daripada itu,” ujarnya.

Jelasnya, secara keseluruhan para pemain perlu kekal konsisten dan pastikan mereka sentiasa berada pada prestasi terbaik.

“Apa yang lebih penting ialah kerap menyertai pertandingan di luar negara, agar mereka mampu bermain dalam kejohanan besar dan bertemu pemain-pemain handalan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya