Moga ada sinar dalam jendela perpindahan - Yusri

Moga ada sinar dalam jendela perpindahan – Yusri

PERAK FC mahu menambah kekuatan apabila jendela perpindahan dibuka pada 5 Julai depan. - IHSAN PERAK FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POH: Ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah berharap akan ada sinar baru apabila jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) dibuka pada 5 Julai nanti.

Mengakui skuad sedia ada punyai banyak kepincangan Yusri berkata kerja-kerja pembaikan dan pemulihan yang dibuat diharap mampu mengubah wajah pasukan Bos Gaurus.

“Kita sedia maklum kelemahan pasukan ketika ini.

“Usaha sudah dibuat untuk meningkatkan kemampuan pasukan.

“Kita berharap dapat meraih hasil positif apabila kita memasuki fasa baharu mulai 5 Julai nanti,” katanya selepas Perak FC kalah 1-2 kepada PDRM FC dalam aksi Liga Super di Stadium Perak malam tadi.

YUSRI CHE LAH

Berdasarkan perjalanan perlawanan, Yusri berkata pemain Perak menunjukkan kesungguhan tinggi tetapi ia tidak mencukupi untuk memenangi perlawanan.

“Mereka masih kurang dari segi pengalaman dan melakukan kesilapan mudah hingga dihukum lawan.

“Saya berharap pemain segera belajar dan mengelak mengulangi kesilapan sama dalam perlawanabln seterusnya, ” katanya.

Jurulatuh itu berkata dia kini perlu memaztikan keyakinan diri anak buahnya tidak terhakis berikutan rentetan kekalahan dialami mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya