Messi tidak akan beraksi dalam Piala Dunia 2026

Messi tidak akan beraksi dalam Piala Dunia 2026

LIONEL Messi (tengah) menjulang replika trofi Piala Dunia bersama rakan sepasukan sejurus selepas membantu Argentina menumpaskan Curacao dalam aksi persahabatan di Stadium Madre de Ciudades, Santiago del Estero hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Lionel Messi mengesahkan dia tidak akan beraksi Piala Dunia 2026, dan kejayaan membawa Argentina muncul juara di Qatar 2022 adalah penampilan terakhirnya dalam kejohanan bola sepak paling berprestij itu.

Dalam temu bual bersama media China semalam, kapten Argentina berusia 35 tahun itu berkata, dia merasakan dirinya tidak sesuai lagi beraksi di pentas tertinggi tersebut, tiga tahun dari sekarang.

“Saya sudah mengatakan beberapa kali sebelum ini bahawa saya tidak berasakannya begitu. Itu (2022) adalah Piala Dunia terakhir saya,” katanya ketika ditanya oleh Titan Sports China dalam temu bual menerusi video.

Pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu kini berada di Beijing di mana Argentina akan menentang Australia dalam perlawanan persahabatan esok.

Begitupun ramai peminat bola sepak berharap Messi akan berubah fikirannya memandangkan Piala Dunia 2026 akan berlangsung di tiga negara Amerika Utara – Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico.

Messi dijangka beraksi dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) AS menyertai kelab Inter Miami, dan penampilannya di AS pasti sesuatu yang istimewa buat peminat bola sepak negara itu.

“Saya akan lihat dulu bagaimana semuanya berjalan tetapi secara prinsipnya, saya tidak akan terbabit dalam Piala Dunia seterusnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sabtu lalu bekas bintang Barcelona tersebut berdepan masalah di Lapangan Terbang Beijing apabila ditahan hampir dua jam di kawalan sempadan selepas cuba menggunakan pasport Sepanyol daripada menggunakan pasport Argentina miliknya.

Messi tiba di China dengan jet peribadi yang turut disertai ‘pengawal peribadi’ dan beberapa rakannya termasuklah Angel di Maria.

Bagaimanapun, selepas tiba di Beijing, tular di laman media sosial mengenai satu video di mana Messi dikelilingi beberapa pegawai polis.

Messi dilihat memegang pasportnya ketika  bercakap dengan kumpulan pegawai polis  dan media tempatan melaporkan masalah timbul susulan pemain itu menggunakan pasport yang salah.

Messi percaya disebabkan dia boleh memasuki Taiwan menggunakan pasport Sepanyol, jadi dia boleh berbuat demikian untuk ke China.

Messi dipetik sebagai berkata ‘adakah Taiwan bukan China?’, dan dia tidak memiliki pasport Argentina walaupun bermain untuk skuad kebangsaannya pada minggu ini.

Messi  ‘ditahan’ selama dua jam sebelum akhirnya menerima visa dan dibenarkan memasuki Beijing. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya