McGregor berdepan dakwaan serangan seksual

McGregor berdepan dakwaan serangan seksual

CONOR McGregor ketika menghadiri perlawanan NBA di antara Miami Heat menentang Denver Nuggets di Kaseya Center, Miami, Florida.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Wakil Conor McGregor menafikan bintang seni bela diri campuran (MMA) itu me­lakukan serangan seksual terhadap seorang wanita ketika menyaksikan perlawanan Liga Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) Amerika Syarikat ­minggu lalu.

Bekas juara Ultimate Fighting Championship (UFC) itu didakwa melakukan serangan di tandas ketika menonton perlawanan di Miami pada 9 Jun lalu.

Peguam pengadu, Ariel Mit­chell berkata, anak guamnya hadir menyaksikan perlawanan di Miami dan dia dipisahkan daripada rakan-rakan lain oleh kakitangan keselamatan sebelum dibawa ke tandas.

Dia mendakwa, McGregor menunggu dalam tandas, di mana bintang MMA itu mencium dan memaksanya melakukan hubungan seks oral.

Mangsa berkata, dia menyi­ku McGregor sebelum me­la­ri­kan diri, dan kini mencari penyelesaian daripada McGregor, NBA dan Miami Heat yang menjadi tuan rumah perlawanan itu.

PETUGAS yang memakai maskot Miami Heat terpaksa mendapatkan rawatan selepas ditumbul dua kali oleh Conor McGregor ketika mempromosikan perlawanan di Kaseya Center, Miami, Florida pada 9 Jun lalu.

Wanita berkenaan juga mendakwa kakitangan ke­sela­matan di Miami Heat dan NBA membantu memisahkan dia daripada rakannya.

“Dakwaan itu palsu. Mc­Gregor tidak akan gentar,” kata peguam McGregor, Barbara Llanes dalam satu ke­nyataan semalam.

NBA dan Miami Heat men­gesahkan sedang menyiasat dak­waan tersebut, manakala UFC menyerahkan perkara itu diselesaikan mengikut proses undang-undang dan

sebelum mengeluarkan sebarang komen.
Insiden itu didakwa berlaku pada malam yang sama McGregor mencederakan mas­kot dalam aksi promosi.

Seorang pekerja Heat yang memakai kostum maskot pa­sukan, Burnie memerlukan rawatan perubatan selepas ditumbuk dua kali oleh petarung dari Ireland itu ketika perlawanan berhenti di suku ketiga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya