Malaysia tersingkir awal di Piala Asia B-17

Malaysia tersingkir awal di Piala Asia B-17

SKUAD B-17 negara tersingkir di Piala Asia B-17 selepas tewas dua kali berturut-turut di peringkat kumpulan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Bawah 17 tahun (B-17) negara perlu menerima hakikat tersingkir seawal peringkat kumpulan dalam saingan Piala Asia B-17 selepas tewas 3-0 di tangan Thailand pada aksi kedua peringkat kumpulan A, sebentar tadi.

Kekalahan kedua berturut-turut itu menyaksikan skuad bimbingan Osmera Omaro terpaksa melupakan impian untuk melangkah ke suku akhir Piala Asia B-17 selepas gagal mengutip sebarang mata daripada dua perlawanan setakat ini.

Impian mereka untuk menempah slot ke Piala Dunia B-17 juga tidak kesampaian memandangkan hanya empat pasukan terbaik di Piala Asia sahaja akan layak bersaing di di kejohanan berkenaan.

Pada aksi di Stadium Pathum Thani itu, aksi kedua-dua pasukan berlangsung seimbang pada awal babak pertama namun, Thailand berjaya di depan menerusi Pacharaphol Lekkun ketika penghujung babak pertama.

Bersambung babak kedua, Thailand menambah derita anak-anak buah Osmera apabila berjaya menggandakan kedudukan pada minit ke-54 menerusi jaringan Chanasorn Choklap.

Keadaan itu meletakkan Malaysia berada dalam situasi sukar untuk mencetus kebangkitan dengan Osmera melakukan beberapa pertukaran namun, percaturan itu gagal membuahkan hasil.

Kebangkitan yang diharapkan gagal diterjemahkan para pemain dan mereka sekali lagi dihukum dengan dengan gol ketiga yang dijaringkan Chanothai Kongmeng pada minit ke-78 untuk Thailand menjarakkan kedudukan 3-0.

Keputusan 3-0 kekal sehingga wisel penamat dengan tuan rumah berjaya mengiringi Yemen untuk ke suku akhir dan Malaysia selepas ini akan melengkapkan saingan Kumpulan A menentang Laos.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya