Lira, KDA berpisah secara baik

Lira, KDA berpisah secara baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Status selaku penjaring terbanyak pasukan setakat ini tidak mampu memanjangkan jodoh antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan pemain import dari Brazil, Willian Lira apabila kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk membawa haluan berbeza. 

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi KDA FC, pasukan itu memaklumkan keputusan tersebut diambil setelah kedua-dua pihak melakukan perbincangan secara mendalam. 

“KDA FC bersetuju melepaskan Lira dengan rasa berat hati namun menghormati keputusan pemain itu untuk membawa haluan berbeza walaupun nisbah jaringan beliau cukup baik dalam setiap perlawanan. 

“Walaupun penampilannya di awal musim menerima pelbagai reaksi kurang senang, namun Lira bangkit membuktikan ketajaman dengan membantu Sang kenari mencipta kemenangan. 

“Lira kini merupakan penjaring terbanyak Sang Kenari dalam Liga Super dengan lapan gol dalam 14 perlawanan. Ketahanan fizikal dan kesediaan untuk beraksi dalam setiap perlawanan turut diterjemahkan melalui sikap profesional di dalam dan luar padang,” katanya. 

Sebelum ini pemilik KDA FC, Tan Sri Mohd. Daud Bakar memaklumkan terdapat beberapa pemain baharu terdiri daripada pemain tempatan dan import akan dibawa masuk bagi memperkukuh pasukan pada jendela perpindahan, Julai depan. 

Menurut Mohd. Daud, beliau bersama Ketua Pegawai KDA FC, Khamal Idris Ali serta Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain sudah memasang radar untuk memantau perkembangan beberapa pemain dilihat mampu memberi impak positif terhadap pasukan. 

Selain kedatangan pemain import untuk menerajui bahagian serangan pasukan tersebut, ketika ini berlegar khabar di media sosial menyatakan bekas pemain pasukan itu, Syafiq Ahmad akan kembali ke Kedah.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya