Lee Zii Jia seru peminat, media ‘berdamai’

Lee Zii Jia seru peminat, media ‘berdamai’

KAPSYEN LEE Zii Jia mengadakan pertemuan dengan Hamidin Mohd. Amin di Petaling Jaya semalam untuk menjelaskan mengenai perancangannya menjelang Sukan Olimpik 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lee Zii Jia mahu isu pertikaian peminat badminton tanah air dengan laporan berita mengenai prestasi beliau di Malaysia Masters tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan dengan baik.

Sebelum ini, terdapat segelintir peminat yang menggelarkan diri mereka ‘Badminton Lovers’ dilaporkan mengugut dan mengecam wartawan Utusan Malaysia yang menulis artikel mengenai prestasinya pada Masters Malaysia minggu lalu.

Pemain kelahiran Kedah yang berumur 25 tahun itu mengakui terkejut dengan situasi berkenaan dan menggesa agar perkara sebegitu dihentikan dan tidak berulang demi kebaikan semua pihak.

“Saya tahu mereka (peminat) sayang saya, perkara ini saya tak boleh kawal sebab jumlah peminat saya agak besar, jadi saya rasa harap kita boleh tamatkan dengan ‘peace and love’ (keamanan dan kasih sayang),” katanya selepas pertemuan bersama Ketua Kontinjen Negara (CDM) ke ­Sukan Olimpik 2024, Datuk Hamidin Mohd. Amin di sebuah hotel di sini semalam.

Minggu lalu, gara-gara maklumat peribadi dise­barkan di media sosial dan menerima ancaman daripada warga maya selepas menulis artikel mengenai juara All England 2021, war­tawan Utusan Malaysia, Nor ­Liyana Tarmizi membuat laporan polis.

Nor Liyana dilaporkan menerima mesej berbaur ugutan dan kecaman daripada pengguna media sosial yang tidak berpuas hati dengan tajuk berita tulisannya ‘Zii Jia Beri Alasan Tidak Sihat Sebagai Punca Kekalahan’.

Dalam pada itu, Hamidin menasihati peminat badminton supaya memahami bahawa sebarang teguran yang diberikan kepada Zii Jia mengenai prestasinya adalah bagi memastikan beliau kembali bangkit untuk negara.

“Zii Jia adalah pemain yang mempunyai aura berbeza di kalangan peminat. Apa pun yang diperkatakan oleh sesiapa untuk memberi komen kepada dia adalah dengan niat untuk memastikan dia kembali semula.

“Peminat patut faham kerana ada sesetengah (peminat) yang sensitif apabila Zii Jia dikritik dan saya harap perkara ini tidak berlaku lagi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya