Klopp tak minat bimbing Jerman, setia bersama Liverpool

Klopp tak minat bimbing Jerman, setia bersama Liverpool

JURGEN KLOPP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ejen Jurgen Klopp  mengulangi komitmen bos Liverpool itu terhadap Liga Perdana di tengah-tengah desakan agar dia menggantikan pengurus Jerman, Hansi Flick.

Selasa lalu, Jerman mengalami kekalahan memalukan 0-2 kepada Colombia dalam aksi di tempat sendiri, meneruskan prestasi buruk mereka yang hanya menang tiga daripada 11 perlawanan.

Flick yang mengambil alih tugas daripada Joachim Low pada 2021 semakin tertekan kini tertekan ketika prestasi skuad kebangsaan terus hambar selepas gagal melepasi peringkat kumpulan pada Piala Dunia 2022.

Pemain Jerman diejek selepas kekalahan di tangan Colombia dan tekanan kian memuncak ketika mereka diletakkan harapan tinggi untuk menjuarai Euro 2024 selaku tuan rumah.

Klopp yang telah lama diintai oleh Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) menjadi subjek spekulasi yang mengaitkannya dengan jawatan pengurus skuad kebangsaan.

HANSI FLICK

Begitupun di sebalik kempen Liverpool yang mengecewakan musim lalu, ejen Klopp, Marc Kosicke segera menafikan sebarang potensi perpindahan pengurus berpengalaman itu ke pentas antarabangsa.

“Jurgen mempunyai kontrak jangka panjang dengan Liverpool dan Jerman pula mempunyai jurulatih kebangsaan, jadi ia sama sekali bukan satu isu,” kata Kosicke kepada Bild.

Klopp mempunyai baki tiga tahun kontrak dalam tempoh lanjutan yang ditandatanganinya bersama Liverpool pada April 2022.

Persembahan buruk Reds pada kempen 2022-23, yang menyaksikan mereka gagal layak ke Liga Juara-Juara, sekali gus mencetus pembentukan semula skuad secara besar-besaran dengan beberapa perubahan dijangka pada jendela perpindahan kali ini.

Mereka pantas mengikat bintang tengah Argentina, Alexis Mac Allister dari Brighton, selain dikaitkan dengan Khephren Thuram (Nice) dan pemain Borussia Monchengladbach, Manu Kone.

Legenda kelab, Roberto Firmino mengetuai pemain yang meninggalkan kelab selain James Milner, Alex Oxlade-Chamberlain dan Naby Keita. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN