Ketiadaan Choong Hann tidak jejas latihan Tze Yong - Hendrawan

Ketiadaan Choong Hann tidak jejas latihan Tze Yong – Hendrawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peletakkan jawatan, Wong Choong Hann sebagai Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Kebangsaan sedikit sebanyak meninggalkan tanda tanya tentang persiapan negara ke Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Keputusan Choong Hann itu tidak tepat pada masanya kerana antara pemain yang sedang dipersiapkan untuk ke temasya empat tahun sekali itu ialah pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong.

Walaupun pemain yang menghuni ranking ke-21 itu sudah mula menunjukkan tanda-tanda dia mampu mencabar pemain handalan dunia, tetapi prestasinya masih belum menyakinkan.

Bagaimanapun, jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan tampil memberi jaminan bahawa anak muda kelahiran Johor Bahru itu menjalani latihan seperti biasa.

“Tiada komen tentang Choong Hann, tetapi latihan berjalan macam biasa, Tze Yong ada pamer peningkatan, cuma prestasinya tidak konsisten, kadang kala dia boleh cipta kejutan ke atas pemain pilihan, tetapi dalam perlawanan berikutnya pula dia kalah.

WONG CHOONG HANN

“Dia kini sudah mampu heret pemain handalan bermain dengannya sampai rubber set, tetapi masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai pengunduran Choong Hann daripada Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini.

Bercakap lanjut tentang Tze Yong, pengendali kelahiran Indonesia itu memberitahu, dia ada meletakkan penanda aras untuk melihat sejauh mana kemampuan perseorangan kedua Malaysia tersebut menjadi pencabar di pentas dunia.

“Layak tak layak ke Sukan Olimpik, kita kena lihat dulu dia boleh lepas peringkat 16 terbaik atau tidak, kemudian kita mahu tengok dia mara ke separuh akhir pula dan sekurang-kurangnya mampu merangkul gelaran,” ujarnya.

Buat masa ini, menurut Hendrawan, masih terlalu awal untuk memperkatakan tentang peluang Tze Yong terbang ke Paris.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya