Kelantan United 'tolak' The Red Warriors ke dasar liga

Kelantan United ‘tolak’ The Red Warriors ke dasar liga

JOSE Porteria (kiri) cuba melepasi kawalan pertahanan Kelantan FC Kim Ming Yu pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan United yang tidak pernah memenangi sebarang perlawanan sebelum ini menambah derita The Red Warriors (TRW) apabila menumbangkan seteru setempat 4-1 di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Kemenangan pertama daripada 13 perlawanan itu membolehkan mereka akhirnya keluar dari kedudukan tercorot Liga Super.

Kelantan FC yang bergelut denga masalah luar padang sebaliknya ditolak ke dasar liga, situasi yang pastinya tidak menggembirakan pemilik kelab, Norizam Tukiman menjelang pertemuan dengan penyokong esok.

Terdahulu, pertembungan pasukan ‘adik abang’ itu terpaksa ditangguhkan akibat petir pada minit ke-37.

Pegawai Perlawanan Teoh Hee Loon membuat keputusan dengan mengambil kira faktor keselamatan pemain dan pegawai kedua-dua pasukan.

TRW yang beraksi sebagai pasukan pelawat dikejutkan dengan jaringan pertama tuan rumah menerusi rembatan kencang dari kotak penalti oleh Devid Silva pada minit ke-21 selepas bola sepakan lencong Syazwan Zainol berjaya ditepis Muhammad Irfan Haikal Iffendi sebelum singgah ke kaki pemain kelahiran Brazil itu.

Walaupun beraksi di atas padang becak akibat hujan lebat, Kelantan United terus ‘ghairah’ menyerang dan memperoleh jaringan kedua menerusi menerusi rembatan deras Jose Porteria yang sekali lagi gagal diselamatkan oleh Muhammad Irfan Haikal.

Tersentak dengan dua jaringan Sang Kijang Hijau, TRW cuba bangkit untuk mendapatkan jaringan penyamaan namun gol Ismaheel Akinade tidak dikira pada minit ke-27 selepas dikesan menolak pertahan tuan rumah Yan Victor.

PEMAIN Kelantan United meraihkan jaringan pertama mereka pada aksi Liga Super menentang Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Kelantan United terus mendominasi perlawanan dengan asakan bertali-arus ke kubu pelawat namun dihampakan oleh ketumpulan jentera penyudah.

Aksi menarik diatas permukaan padang becak itu bagaimanapun terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu pada minit ke-37 akibat petir.

Selepas ‘berehat’ satu jam setengah, perlawanan kembali disambung dengan TRW cuba merapatkan jurang jaringan menerusi tandukan Akinade yang berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang tuan rumah Muhamad Ilham Amirullah Razli pada minit ke-38.

Kelantan United selepas kembali dengan dua peluang terbaik menambah jaringan namun penjaga gol muda TRW yang baru dinaikan pangkat Muhammad Irfan Haikal lebih tangkas menyelamatkan keadaan.

Akinade kembali membakar api perjuangan TRW dengan meledak jaringan pertama pasukan selepas tenang menyempurnakan sepakan penalti seminit sebelum perlawanan babak pertama tamat.

Aksi babak kedua, TRW lebih banyak mendominasi perlawanan dengan mencipta beberapa peluang untuk merapatkan jurang namun gagal membuahkan hasil.

Keghairahan TRW mencari gol penyamaan akhirnya dihukum dua jaringan Kelantan United dalam tempoh lima minit masing-masing menerusi Porteria (minit ke-61) dan Syazwan Zainol (minit ke-66) menjadikan kedudukan 4-1.

Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan Kelantan FC mencetak kekalahan ke-10 selepas mengharungi 13 perlawanan selain menghuni tangga tercorot Liga Super. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya