Kelantan United mahu tambah luka Red Giant

Kelantan United mahu tambah luka Red Giant

KESEBELASAN utama Kelantan United ketika menentang Kuching City FC dalam aksi Liga Super baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan United tekad menambah luka ke atas The Red Giants yang tewas semasa bertemu PDRM FC minggu lalu pada aksi pusingan kedua Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam ini.

Penolong jurulatih Kelantan United, Nazrulerwan Makmor berkata, beliau akan mempertaruhkan barisan yang terkuat untuk terus mencari tiga mata penuh pada pertemuan itu nanti.

“Kami tahu Selangor FC bukan calang-calang pasukan namun barisan pemain kami akan sedaya upaya memberikan cabaran dan seterusnya cuba mendapatkan tiga mata penuh pada perlawanan itu nanti.

“Kami akan turun sebagai ‘underdog’ tetapi percayalah, kami akan tetap memberikan saingan sengit kepada Selangor FC pada perlawanan malam esok,” katanya.

Jurulatih kelahiran Selangor itu memberitahu, Kelantan United tidak boleh terlalu bersandarkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri kerana skuad Gergasi Merah pasti bertekad untuk menebus kekecewaan mereka pada perlawanan sebelum ini.

Katanya, kerana itu Kijang Hijau perlu sentiasa mengekal tumpuan sepenuhnya di sepanjang 90 minit masa perlawanan dan sentiasa berwaspada terhadap setiap ancaman daripada kem pelawat nanti.

“Mereka (Selangor FC) ketika ini berada dalam mood kecewa setelah tumpas 0-1 kepada PDRM FC. Saya yakin mereka datang ke Kota Bharu dengan azam tinggi untuk mendapat kemenangan.

“Jadi saya akan pastikan semua pemain sentiasa berwaspada terhadap semua ancaman terutama daripada jentera serangan skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Nazrulerwan memberitahu pihaknya kini sedang memantau dua hingga tiga pemain Kelantan United yang mengalami kecederaan namun tiada perubahan besar dijangka berlaku dalam kesebelasan utama pasukan.

“Berbekalkan kemenangan besar 4-1 ke atas Kelantan pada perlawanan terakhir baru-baru ini, kami kini sangat dahagakan tiga mata penuh lebih-lebih lagi ketika beraksi di gelanggang sendiri.

“Kami juga sudah mengenal pasti beberapa kelemahan pasukan Selangor dan jika mereka tersilap langkah atau lalai, mereka akan menerima padah,” ujarnya.

Kelantan United kini menghuni kedudukan ke-12 dengan mengumpul enam mata daripada 13 perlawanan manakala Selangor tetap gah di tangga kedua Liga Super dengan 28 mata daripada sembilan kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya