Kelab Arab Saudi 'goda' Benzema dengan tawaran lumayan

Kelab Arab Saudi ‘goda’ Benzema dengan tawaran lumayan

KARIM BENZEMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Karim Benzema menerima tawaran lumayan untuk meninggalkan Real ­Madrid bagi menyertai sebuah kelab Arab Saudi yang tidak didedahkan.

Portal sukan The Athletic mendakwa, penyerang berusia 35 tahun itu yang mempunyai baki setahun kontrak di Santiago Bernabeu telah membuat keputusan mengenai masa depannya, namun belum dapat dipastikan dia bersetuju atau menolaknya.

Difahamkan, Real Madrid terbuka membenarkan pemenang Ballon d’Or 2022 itu meninggalkan kelab jika dia memutuskan untuk berbuat demikian.

Portal sukan Sepanyol, AS, melaporkan kontrak yang ditawarkan kepada Benzema bernilai le­bih 400 juta euro (RM1.9 bilion) selama dua musim de­ngan dia bakal dijadikan duta untuk bidaan ­Piala Dunia pada masa akan datang.

Benzema merupakan penjaring kedua terbanyak Real sepanjang zaman dengan 354 gol dalam 647 penampilan, meletakkannya di belakang Cristiano Ro­naldo yang menyertai Al-Nassr, Januari lalu.

Dia turut mendapat sokongan pengurus­nya, Carlo Ancelotti untuk memenangi anugerah Ballon d’Or 2023 selepas meledak 18 gol dalam 23 aksi La Liga ketika saingan berbaki satu perlawanan.

Menghadapi musim turun naik, Benzema telah me­ngumumkan persaraan ­daripada skuad kebangsaan ­Perancis pada sambutan hari lahirnya yang ke-35, iaitu sehari selepas Perancis tewas kepada Argentina dalam final Piala Dunia 2022 yang ­dramatik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya