Jokowi kagum semangat 'melawan' Indonesia

Jokowi kagum semangat ‘melawan’ Indonesia

JOKO Widodo hadir di Stadium Utama Bung Karno, Jakarta untuk memberi sokongan kepada pasukan Indonesia ketika menentang Argentina dalam aksi persahabatan. - IHSAN PRESIDEN JOKO WIDODO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) kagum dengan kemampuan skuad bola sepak kebangsaan mereka memberi tentangan sengit kepada Argentina sebelum kalah tipis 0-2 kepada juara dunia itu dalam aksi persahabatan di Stadium Utama Bung Karno kelmarin.

Katanya, Indonesia hanya menghuni ranking ke-149 dunia sedangkan Argentina merupakan pasukan No. 1 dunia dan jurang itu ibarat ‘langit dan bumi’.

Begitupun skuad Garuda tidak menunjukkan rasa gentar, apatah lagi lima hari lalu mereka juga memberi tentangan hebat kepada pasukan ke-93 dunia, Palestin dengan mengikat kedudukan 0-0.

“Sangat bagus. Saya rasa kerja keras pemain luar biasa. Seperti yang anda tahu, Argentina berada di kedudukan pertama dunia dan Indonesia pula di ranking ke-149, namun kami mampu bersaing.

“Walaupun mereka menang 2-0, namun pemain Indonesia mampu mengimbangi permai­nan,” katanya.

PEMAIN tengah Argentina, Giovani Lo Celso (kanan) bersaing dengan pertahanan Indonesia, Elkan William Tio Baggott (bawah) dalam aksi persahabatan antarabangsa di Jakarta kelmarin. – AFP

Dalam masa sama, Jokowi berharap perlawanan persahabatan menentang juara Piala Dunia 2022 itu mampu menjadi titik kebangkitan bola sepak Indonesia di pentas anatrabangsa.

Katanya, perlawanan itu ­sangat bagus kerana memberi peluang kepada pemain me­nimba ilmu serta pengalaman menentang pasukan bertaraf dunia.

“Minggu lalu dengan Palestin yang berada di ranking ke-93, kita mampu bertahan 0-0.

“Kemudian dengan Argentina, pasukan No. 1 dunia, kami di tangga ke-149, hanya dibolosi dua gol, itu masih luar biasa.

“Kita lihat pada awalnya mereka agak gementar, masih gugup, namun separuh masa kedua mula berubah jadi luar biasa, mereka semakin dapat mengimbangi perlawanan.

“Ini adalah pengalaman besar buat skuad Garuda,” katanya.

Argentina yang beraksi tanpa kapten mereka, Lionel Messi meraih gol kemenangan menerusi rembatan jarak jauh ­Leandro Paredes pada minit ke-38, diikuti tandukan Cristian Romero di minit ke-55. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya