JDT terus bermaharajalela

JDT terus bermaharajalela

PEMAIN JDT berjaya meneruskan rentak kemenangan.-IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Menamatkan aksi pusingan pertama Liga Super musim ini dengan noktah sempurna iaitu menang semua 13 perlawanan termasuk ketika menundukkan tuan rumah, Penang FC 2-0 di Stadium Bandaraya semalam membolehkan Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah baharu dalam arena bola sepak negara ketika ini.

Gembira dengan kejayaan tersebut, pengendali JDT, Esteban Solari memberikan kredit kepada para pemainnya yang dianggap sebagai paling layak untuk menerima pujian kerana telah bekerja keras untuk memenangi setiap perlawanan liga musim ini.

“Sudah tentu saya bangga dengan pemain-pemain saya kerana sebelum perlawanan (menentang Penang FC), saya telah mengingatkan mereka bahawa ini adalah perlawanan terakhir untuk pusingan pertama (liga).

“Ia bukan (perlawanan yang) mudah walaupun mungkin ada sesetengah pihak menganggap ia mudah dan ini sebenarnya adalah satu kesilapan yang besar.

“(Sebagai contoh) hari ini (semalam) juga Selangor tewas kepada PDRM dan semua orang berkata, menentang PDRM adalah mudah. Tapi, bagi saya, tidak ada perlawanan yang mudah termasuk ketika bertemu PDRM,” katanya.

Selain mencipta rekod 100 peratus kemenangan dalam saingan liga, skuad Harimau Selatan juga boleh dianggap paling ‘kebal’ apabila hanya bolos sekali dan telah menjaringkan sehingga 51 gol setakat ini.

Mengulas mengenai aksi menentang Penang FC pula, Solari turut memuji keupayaan anak-anak buah Manzoor Azwira Abdul Wahid itu dalam memberikan tentangan sengit kepada mereka.

Katanya, skuad Harimau Kumbang adalah pasukan yang sukar kerana mereka tahu cara sebenar untuk ‘bermain’ bola sepak selain memiliki pemain berkualiti yang boleh menjadi ancaman kepada pihak lawan.

“Sebab itulah saya menganggap perlawanan itu juga (menantang Penang FC) adalah perlawanan yang sukar. Kita terpaksa ‘mengerah’ seluruh tenaga untuk menang.

“Pada masa yang sama, kita juga tidak benarkan mereka (Penang FC) untuk menjaringkan gol,” kata jurulatih kelahiran Argentina itu yang turut memuji persembahan bintang muda JDT, Arif Aiman Hanapi kerana memainkan peranan penting dalam perlawanan berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya