Ivan-Rachel naib juara Kejohanan Asia

Ivan-Rachel naib juara Kejohanan Asia

RACHEL Arnold (kiri) dan Ivan Yuen (dua kiri) meraih pingat perak selepas tewas kepada Dipika Pallikal (tiga kiri) serta Harinder Pal Singh (empat kiri) di Hangzhou, China, hari ini. Mohammad Syafiq Kamal (tiga kanan) dan Aifa Azman (empat kanan) membawa pulang gangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harapan untuk melihat beregu negara menjulang gelaran tidak kesampaian setelah Ivan Yuen-Rachel Arnold tumpas di tangan Harinder Pal Singh-Dipika Pallikal pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Beregu Campuran Asia di Hangzhou, China hari ini.

Pasangan Malaysia itu yang turun selaku pilihan kedua tewas kepada gandingan India yang diletakkan sebagai pilihan ketiga 10-11, 8-11.

Kejohanan pemanas badan menjelang Sukan Asia yang juga akan diadakan di Hangzhou itu menjadi kayu pengukur buat skuad kebangsaan menilai kemampuan mereka untuk membidik pingat emas pada temasya empat tahun sekali tersebut.

Kekalahan Rachel-Ivan dan semalam, pilihan pertama, Mohammad Syafiq Kamal-Aifa Azman turut kecundang kepada pencabar yang sama pada separuh akhir memberi amaran awal bahawa beregu India itu merupakan ancaman terbesar kepada pasukan negara.

Dalam perlawanan perebutan tempat ketiga dan keempat pula, Syafiq-Aifa menewaskan satu lagi wakil India, Abhay Singh-Anahat Singh 11-8, 11-10.

Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) meletakkan sasaran dua emas dengan salah satu pingat tersebut harap dapat dijelmakan oleh Ng Eain Yow dalam acara perseorangan lelaki.

Satu lagi sasaran pingat emas boleh sahaja hadir daripada acara lain iaitu berpasukan, perseorangan wanita dan beregu campuran.

Begitupun kekalahan beregu campuran kepada pasangan India pada final bermakna sasaran emas kedua Kontinjen Malaysia tidak harus tertumpu kepada acara tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya