Isu kewangan paksa BRM FC tarik diri Kejuaraan MBSM Bank

Isu kewangan paksa BRM FC tarik diri Kejuaraan MBSM Bank

BRM FC menarik diri daripada Kejuaraan MBSB Bank 2023 biarpun sudah mengharungi sembilan perlawanan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masalah kewangan yang menyelubungi Kuala Kangsar BRM FC memaksa mereka menarik diri daripada Liga Kejuaraan MBSB Bank 2023 biarpun sudah mengharungi sembilan perlawanan.

BRM FC dalam satu kenyataan menjelaskan, kegagalan beberapa penaja memenuhi janji antara punca mereka dihimpit dengan masalah kewangan.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak BRM telah bersetuju dengan sebulat suara agar pasukan ini menarik diri dari Kejuaraan MBSB Bank 2023 oleh kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh kelab. Ini disebabkan beberapa syarikat penajaan yang telah tidak menunaikan janji seperti yang dipersetujui sebelum ini.
“Sehubungan dengan itu, saya mewakili Kelab Bola Sepak BRM memohon maaf kepada semua pemain dan pengurusan pasukan yang telah mencurahkan khidmat mereka di beberapa perlawanan yang telah diharungi pada musim ini.
“Bagaimanapun, tunggakan gaji kepada semua pegawai dan pemain pasukan akan dilunaskan oleh kelab secara berperingkat mengikut jumlah sebenar yang layak diterima oleh mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif BRM FC, Ghafari Nasir dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Datuk Wira Mohd. Yusoff Mahadi mengesahkan sudah menerima surat makluman penarikan diri dari kelab yang berpengkalan di Kuala Kangsar itu.

“Kuala Kangsar BRM FC (KK BRM FC) telah secara rasmi menarik diri dari Kejuaraan MBSB Bank  menerusi surat yang dihantar kepada AFL pada 19 Jun 2023.

“Kita telah berusaha untuk berbincang dan cuba membantu KK BRM FC dalam menangani masalah yang dihadapi namun pihak pengurusan kelab telah nekad dengan keputusan mereka.

“AFL menerima dan menghormati keputusan tersebut dengan berat hati dan susulan penarikan diri KK BRM FC, semua perlawanannya dibatalkan serta dianggap tidak sah termasuklah semua mata dan gol yang telah dimainkan sebelum penarikan diri secara rasmi KK BRM FC,” katanya.

Kata Mohd. Yusoff, rentetan penarikan diri KK BRM FC, Kejuaraan MBSB Bank 2023 akan diteruskan mengikut perancangan sedia ada.

“Mengenai tindakan yang bakal dikenakan ke atas KK BRM FC, keputusan rasmi akan ditentukan selepas Ahli Lembaga Pengarah AFL bermesyuarat dalam masa terdekat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya