ISN bekalkan pakar terbaik untuk Pearly

ISN bekalkan pakar terbaik untuk Pearly

M. Thinaah (kiri) dan Pearly Tan. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Ramli berjanji akan membekalkan pakar perubatan terbaik untuk memastikan pemain beregu wanita negara, Pearly Tan kembali ke gelanggang dengan keadaan terbaik.

Ini bagi menolak spekulasi ISN gagal memberikan per­khidmatan terbaik buat Pearly memandangkan dia kerap me­ngalami kecederaan ketika ­beraksi dalam kejohanan antarabangsa.

Pearly dan pasangannya, M. Thinaah terpaksa menarik diri ketika sedang berentap di set ketiga menentang pasangan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi pada pusingan pertama Terbuka Singapura awal bulan ini setelah Pearly mengalami kecederaan bahu.

September tahun lalu, Pearly mengalami kecederaan serius ketika bersaing Terbuka Jepun sehingga terpaksa di­usung keluar dari gelanggang dengan kerusi roda, sebelum ISN mengesahkan pemain itu ­ditimpa kecederaan hamstring dan tendon lutut kiri.

Buat masa ini, ISN telah membekalkan seorang doktor pakar untuk merawat kecede­raan Pearly dan dia djangka kembali ke gelanggang untuk berlatih dalam tempoh dua minggu lalu.

“Secara teknikalnya, kece­deraan yang dialami Pearly adalah Medial Collateral Ligament (MCL) di bahagian bahu.

“Semasa dia ditimpa kece­deraan itu di Singapura, memang pegawai perubatan kita segera beri rawatan, dan sete­rusnya bila dia pulang ke Kuala Lumpur, kita tugaskan pakar untuk merawat.

“Sebenarnya untuk pemain-pemain badminton di ABM (Akademi Badminton Malaysia), memang mereka dijaga rapi pasukan ISN, jadi mana-mana pemain yang cedera dan sedang dalam fasa pemulihan memang diberikan pemantauan rapi.

“Kalau perlu lebih lagi, kita akan buat,” jelas Faedzal semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya