Inter tolak tawaran United untuk Onana

Inter tolak tawaran United untuk Onana

ANDRE ONANA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Gergasi bola sepak Itali, Inter Milan menolak tawaran pertama yang dikemukakan Manchester United ­untuk mendapatkan penjaga gol, Andre Onana.

Onana menjadi pilihan utama pengendali Red Devils, Erik ten Hag untuk dibawa ke Old Trafford kerana mereka pernah bekerjasama ketika di Ajax Amsterdam.

United mengemukakan ­ta­waran 40 juta euro (RM204.03 juta) kelmarin, namun naib juara Eropah itu ­meletakkan 60 juta euro (RM305 juta) sebagai tanda harga minimum bintang ­Cameroon tersebut.

United dilaporkan sedia membuat tawaran sekitar 45 sehingga 50 juta euro (RM229 hingga RM254 juta) termasuk nilai tambahan, namun ia belum cukup untuk menambat hati Inter bagi menjual Onana.

Inter ­menandatangani Onana secara percuma musim lalu selepas dia membuat keputusan untuk tidak ­menyambung kontraknya bersama Ajax.

DAVID DE GEA

Penjaga gol berusia 27 tahun itu kemudian menjadi tonggak penting yang membawa Inter melayakkan diri ke final Liga Juara-Juara sebelum kalah kepada Manchester City.

Dalam masa sama, Inter turut mengadakan rundingan dengan Shakhtar Donetsk bagi mendapatkan Anatoliy Turbin bagi menggantikan Onana sekiranya pemain itu berpindah.

Onana akan menjadi pengganti terbaik kepada David de Gea yang sudah 12 tahun menjadi penjaga gol utama United, tetapi bersedia meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya