Intan Serah lebarkan sayap ke Amerika Syarikat - Utusan Malaysia

Intan Serah lebarkan sayap ke Amerika Syarikat

INTAN Sarah (kanan) ketika beraksi dalam Sukan SEA di Kemboja, bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyerang bola sepak kebangsaan, Intan Sarah Anisah Zulgafli hari ini berkongsi berita gembira bakal melebarkan sayap ke Amerika Syarikat (AS).

Intan Sarah, 24, yang terkenal dengan panggilan Intan Serah dalam kalangan peminat bola sepak dan futsal wanita negara dilamar kelab New York Dutch Lions FC (NYDLFC).

Perkara itu turut disahkan oleh kelab berkenaan di media sosial mereka hari ini.

“Pemain antarabangsa Malaysia @intanserah akan bermain untuk NYDLFC!!

“(Kehadiran) Penyerang itu sedikit tertangguh kerana visa yang dia perlukan daripada kedutaan tetapi sekarang itu semua telah diselesaikan dia boleh memulakan perjalanannya bersama kami!

“Selamat datang ke New York dan kami teruja untuk memiliki anda Intan!” tulis NYDLFC bersama tanda pagar #bolasepak #pembangunan #newyork #nydlfc.

Intan Serah adalah sebahagian tonggak skuad bola sepak wanita Malaysia yang beraksi dalam Sukan SEA di Kemboja bulan lalu, malah dia juga pernah mewakili negara untuk saingan futsal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya