Insiden jatuh gaung jadikan Tour de France lebih 'menakutkan'

Insiden jatuh gaung jadikan Tour de France lebih ‘menakutkan’

TOM Pidcock percaya semua pelumba akan lebih berhati-hati apabila menuruni bukit di Tour de France yang membuka tirai esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pelumba Britain, Tom Pidcock percaya, perlumbaan berprestij Tour de France (TdF) kali ini pasti berbeza ekoran kematian Gino Mader dalam Tour de Suisse (TdS), dua minggu lalu.

Mader, 26, meninggal dunia pada 16 Jun lalu selepas jatuh gaung ketika menuruni laluan berbukit pada kelajuan tinggi, dan sejak itu, keselamatan pelumba menjadi topik yang diperkatakan menjelang TdF yang membuka tirai esok.

Pidcock, 24, yang turut ­beraksi dalam TdS antara pelumba yang dijangka menyinar di TdF selepas meraih kemenangan pada penampilan sulung ketika menuruni laluan berbukit dari Galibier ke Alpe d’Huez.

Ketika ditanya apakah tragedi yang berlaku di Switzerland akan mempengaruhi perlumbaan di Perancis, dia mengakui, kemalangan tersebut masih sukar diterima oleh semua pelumba terlibat.

SELEKOH di La Punt-Chamues-ch, timur Switzerland, lokasi di mana pelumba Switzerland, Gino Maeder terkorban selepas terjatuh gaung ketika menuruni bukit dengan kelajuan tinggi pada peringkat kelima Tour de Suisse. – AFP

“Saya fikir begitu. Ia satu ­kemalangan yang sukar diterima.

“Selepas insiden itu, saya lihat tiada pelumba berani mengambil risiko pada dua ­peringkat terakhir.

“Secara peribadi, kejadian itu berlaku di peringkat yang saya gemari iaitu menuruni bukit, namun mengejutkan apabila kemalangan tragik berlaku.

“Kemalangan itu mendedahkan akibat buruk yang akan anda terima jika menuruni bukit dengan cara salah.

“Sebelum ini pun, saya tak pernah ambil risiko dalam situasi menuruni bukit tetapi apa yang berlaku ketika itu, kami menunggang pada kelajuan 100 kilometer/sejam, (km/j),” kata pelumba pasukan Ineos itu.

Dalam masa sama, Pidcock berkata, sasaran utamanya pada TdF yang memasuki edisi ke-110 adalah memperbaiki pencapaian tahun lalu.

Peringkat pembukaan esok bermula di Basque Country yang menawarkan peluang kepada pelumba menjadi peserta pertama menyarung jersi ­kuning.

Begitupun Pidcock me­ngakui, dia tidak pasti dengan prestasinya selepas kecewa menamatkan TdS pada kedudukan ke-22 keseluruhan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya