Impian Malaysia ke Piala Dunia Remaja berkecai

Impian Malaysia ke Piala Dunia Remaja berkecai

MALAYSIA tewas 1-3 kepada Korea Selatan di Chile hari ini. - IHSAN MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Impian skuad hoki remaja wanita negara untuk layak ke Piala Dunia Remaja 2023 berkecai selepas tewas 1-3 kepada Korea Selatan dalam Piala Remaja Wanita Asia 2023 di Chile hari ini.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia hanya mampu berada di kedudukan ketiga Kumpulan A, sekali gus gagal menempah slot separuh akhir.
Pasukan negara akan bertan­ding bagi penentuan kedudukan No. 5 hingga No. 8 hari ini.

Dalam perlawanan itu, Korea mendahului seawal minit keempat dengan membuka jaringan menerusia pukulan sudut pe­nalti Sujin An.

Aksi kemudian diteruskan tanpa sebarang jaringan pada suku masa kedua, namun ke­dua-dua pasukan melakukan kejutan apabila menghasilkan jaringan pada minit ke-38, bermula dengan Korea yang membuat pukulan sudut penalti kedua oleh Sungeun Song, dan kemudian Norshafiqha Ishak dengan jaringan padang.

Bagaimanapun menghampiri babak terakhir perlawanan, Korea terus mengasak dan berjaya mencipta jaringan ketiganya oleh Yujin Lee pada minit ke-48, menjadikan kedudukan kekal 3-1 sehingga tamat perlawanan dan kemenangan berpihak kepada pasukan lawan.

Biarpun tumpas, Ketua Jurulatih, Lailin Abu Hassan tetap berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan pemainnya dalam percubaan menghalang kemaraan Korea.

“Mereka telah menunjukkan kesungguhan yang tinggi, beri tentangan yang hebat di mana Korea telah menyerang dari suku pertama. Kita dapat mengekang segala serangan dan ada sedikit kelekaan yang berlaku di bahagian pertahanan, menyebabkan mereka dapat membuat jaringan,” ujarnya.

“Bagaimanapun, pemain-pemain telah beri persembahan terbaik dan usaha tertinggi dalam perlawanan ini. Saya berharap mereka akan terus untuk menentang Hong Kong dalam penentuan No. 5 dan No. 8 nanti,” katanya.

Malaysia dijadual bertemu Hong Kong esok dan Lailin berharap para pemain tidak mengambil mudah dan berhati-hati dengan perlawanan tersebut terutama di bahagian serangan.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya