Hoki masuk RTG bukan ‘tangkap muat’ – Norza

Hoki masuk RTG bukan ‘tangkap muat’ – Norza

PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (depan, tengah) mengetuai sambutan Hari OIimpik 2023 bersama atlet, bekas atlet, pegawai sukan serta pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemasukan hoki dalam program Road to Gold (RTG) memenuhi kriteria ditetapkan dan bukan ‘tangkap muat’ ­biarpun peluang mereka untuk membawa pulang pingat emas pada Sukan Olimpik Paris 2024 dianggap tipis.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang juga Pengerusi Bersama Jawatanku­asa RTG menegaskan, skuad hoki negara menepati kriteria pertama iaitu berada dalam kelompok 10 terbaik dunia.

Tegasnya, dengan penyenaraian hoki dalam program elit, skuad lelaki negara akan mendapat bantuan untuk merebut tiket Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi slot Sukan Asia Hangzhou September depan.

Harapan tinggi ­diletakkan kepada skuad kendalian Arul Selvaraj untuk menamatkan kemarau lebih dua dekad sejak kali terakhir Malaysia beraksi di Olimpik pada edisi 2000 di ­Sydney, Australia.

“Hoki sekarang di ranking 10 dunia dan sebab apa mereka disenaraikan dalam RTG kerana kita berpendapat dengan kemudahan yang ada beri cetusan ­inspirasi untuk berusaha menang emas di Sukan Asia.

“Bila menang terus layak ke Olimpik. Jika berada dalam kedudukan 10 atau lima jadi kita letak awal (dalam RTG). Sukan Asia paling mudah untuk mereka layak ke Olimpik,” katanya dalam sambutan Hari­ ­Olimpik 2023 Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

KEMASUKAN hoki dalam program Road to Gold memberi peluang terbaik buat skuad lelaki negara untuk melayakkan diri buat kali pertama ke Sukan Olimpik sejak temasya Sydney 2000.

Jika hoki layak, Malaysia bakal mempunyai saiz kontinjen yang lebih besar berbanding lima edisi sebelum ini.

Di Tokyo 2020, Malaysia mempertaruhkan sebanyak 30 jumlah atlet daripada 10 jenis sukan, manakala di Rio empat tahun sebelum itu menyaksikan Malaysia membawa 32 atlet ke Sukan Olimpik.

“Kontinjen negara akan lebih besar berbanding purata dengan hanya 20 hingga 30 peserta saja sebelum ini.

“Bila kontinjen melebihi 50 orang ada kelebihan lain seperti dapat lebih akreditasi dan orang akan lebih pandang. Jika hanya 20 hingga 30 orang saja menyebabkan pihak lain cakap Malaysia ada atau pun tidak di temasya itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya