Harimau Malaya patut ledak lebih empat gol

Harimau Malaya patut ledak lebih empat gol

KETUA pasukan Harimau Malaya, Faisal Abdul Halim (tengah) tenang biarpun dikepung pemain Kepulauan Solomon yang mempunyai fizikal lebih sasa dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak kelmarin. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon belum berpuas hati dengan jentera serangan pasukan negara meskipun menang 4-1 ke atas Kepulauan Solomon kelmarin.

Tegasnya, Malaysia seharus­nya memenangi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 itu dengan lebih selesa dan mampu menjaringkan lebih daripada empat gol.
Pengendali berasal Korea Selatan itu berkata, ketiadaan penyerang tulen untuk mengetuai barisan hadapan sedikit menjejaskan rentak permainan skuad negara.

“Kami bermula dengan langkah sumbang gara-gara kesi­lapan yang membawa kepada gol pendahuluan pasukan lawan, namun saya gembira pemain memberi reaksi positif selepas daripada itu.

“Berdasarkan persembahan malam ini (kelmarin), Malaysia berhak untuk memenangi perlawanan dengan kelebihan jari­ngan lebih besar dengan deretan peluang yang ada.

“Jika berdepan lawan lebih sukar dan melepaskan peluang terhidang seperti ini, sudah tentu kita akan dihukum,” katanya.

STUART Wilkin (dua, kanan) dikawal ketat pemain Kepulauan Solomon dalam aksi di Kuala Nerus, Terengganu. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

Pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu, Harimau Malaya dikejutkan gol pelawat daripada Raphael Lea’i seawal minit ke-11 berpunca kesilapan penjaga gol, Ahmad ­Syihan Hazmi Mohamed.

Anak-anak buah Pan Gon bagaimanapun bangkit dengan dua gol di hujung babak pertama menerusi Paulo Josue, minit ke-40, disusuli sepakan pe­nalti Aiman Arif Hanapi (m-45).

Pemain gantian, Safawi Rasid kemudian melakukan voli menarik minit ke-77 sebelum Lee Tuck melengkapkan kemena­ngan 4-1 dalam masa kecederaan.

SAFAWI Rasid (tengah) meraikan jaringannya dengan gaya tersendiri.

Tambah Pan Gon, secara positif dia melihat keupayaan Harimau Malaya mencipta ba­nyak gerakan menarik walaupun dinafikan penjaga gol, Phillip Mango yang beraksi cemerlang.

“Ini bukan perlawanan yang mudah buat kami dan apa yang penting pemain belajar sesuatu daripada pertemuan dengan Kepulauan Solomon untuk aksi berikutnya.

“Apa pun saya gembira Malaysia dapat mengekalkan rentak kemenangan di gelanggang sendiri dan harus melakukan persiapan lebih rapi bertemu Papua New Guinea pada Selasa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya