Hanya Zii Jia sandaran terbaik perseorangan di Paris 2024

Hanya Zii Jia sandaran terbaik perseorangan di Paris 2024

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suka atau tidak, hanya Lee Zii Jia menjadi harapan terbaik Malaysia dalam saingan perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik 2024, ketika Ng Tze Yong pula tampak masih jauh untuk memberi cabaran.

Masalah peribadi yang dihadapi Zii Jia, 25, sehingga memaksanya berehat daripada badminton memang membimbangkan tatkala Tze Yong, 23, memerlukan lebih banyak pendedahan sebelum boleh disandarkan harapan.

Biarpun situasi perseorangan negara ketika ini agak meresahkan, namun legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menegaskan, beliau belum bersedia menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM), terutama menggantikan Wong Choong Hann yang meletak jawatan sebagai Pengarah Kejurulatihan Perseorangan kebangsaan.

“Kita kena bagi Zii Jia masa dan tunggu Wong Tat Meng tiba. Saya percaya Tat Meng ada pe­ngalaman untuk membantu menaikkan prestasinya.

“Bagi Ng Tze Yong, saya harap dia cepat mendapat rentak dan meningkatkan permainan. Dia kena sertai lebih banyak kejohanan (Jelajah Dunia) untuk mencari pengalaman kerana kita tahu dia belum sampai tahap diinginkan,” kata­nya kepada Mingguan Malaysia.

Kata Chong Wei, buat masa ini beliau bukan orang yang sesuai menjadi jurulatih atau menggantikan Choong Hann di BAM, dan beliau sendiri tidak pasti siapakah calon paling layak mengisi kekosongan tersebut.

“Sekarang saya belum bersedia untuk sertai BAM. Saya ter­babit dalam RTG (Road to Gold) bantu atlet ke Sukan Olimpik, banyak kerja perlu dilakukan dalam jawatankuasa itu. Jadi, buat masa ini saya akan beri fokus kepada RTG dahulu.

“Memang keputusan Choong Hann satu kejutan dan buat masa sekarang saya tidak nampak siapa dalam negara boleh menggantikan posisi yang ditinggalkannya,” katanya.

Kelmarin, bekas jaguh beregu negara, Tan Boon Heong percaya, Chong Wei, pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik adalah individu paling layak untuk menggantikan Choong Hann.

Peletakan jawatan Choong Hann Han hadir sehari selepas Zii Jia yang kini bergerak sebagai pemain profesional mengumumkan untuk berehat seketika daripada badminton selepas kalah seawal pusingan pertama di Terbuka Indonesia.

Kecewa dengan prestasinya yang sering tersingkir di peringkat awal, Zii Jia, yang kini jatuh ke ranking ke-11 dunia berkata, dia mahu berhenti daripada menyertai sebarang kejohanan untuk tempoh yang belum diketahui sehingga motivasinya kembali pulih.

“Tidak mengapa jika dia mahu berehat tetapi seperti yang saya kata sebelum ini, dia kena kembali ke gelanggang dengan cepat kerana proses kelayakan Olimpik sedang berjalan,” kata Chong Wei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya