Hamilton, Shakira dilamun cinta? - Utusan Malaysia

Hamilton, Shakira dilamun cinta?

LEWIS Hamilton dikatakan menjalin hubungan dengan penyanyi pop Colombia, Shakira.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara Formula Satu (F1) dunia tujuh kali, Lewis Hamilton dikatakan sedang menjalin hubu­ngan intim dengan pe­nyanyi pop, Shakira selepas kedua-duanya dilihat menghabiskan masa bersama di Barcelona baru-baru ini.

Shakira, 46, yang berpisah dengan bintang bola sepak Barcelona, Gerard Pique tahun lalu turut menonton perlumbaan Hamilton pada Grand Prix Sepanyol minggu lepas.

Biarpun mengharungi musim sukar dengan ke­tinggalan 83 mata di belakang pendahulu dunia, Max Verstappen, Hamilton, 38, meraih sedikit motivasi di Sepanyol apabila menamatkan saingan di tempat ­kedua.

Selepas tamat perlumbaan, pemandu Britain itu dilihat menikmati makan malam bersama Shakira dan teman-teman rapat yang lain, sebelum memuat naik seke­ping gambar di media sosial menunjukkan dia merangkul pinggang penyanyi kelahiran Colombia tersebut.

Menurut sumber rapat, kedua-duanya dalam fasa perkena­lan.

Hamilton pernah menjalin hubungan de­ngan beberapa selebriti antaranya Nicole Scherzinger, Danielle Lloyd, Rita Ora, Barbara Palvin serta Rihanna.

Pelumba Mercedes itu sebelum ini suka merahsiakan kisah peribadi, namun semua mula berubah sejak dia berpisah dengan Scherzinger pada 2015.

“Kami sering berjauhan, dan anda terpaksa berpisah untuk tempoh yang lama, jadi ini menjadi hubungan kami berbeza.

“Itu faktor utama hubungan yang bagus sukar dipertahankan dan tidak seperti yang diharapkan,” kata ­Hamilton. ketika bercakap tentang hubungan sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya