Hamilton mahu RM1.47 bilion untuk kekal bersama Mercedes

Hamilton mahu RM1.47 bilion untuk kekal bersama Mercedes

Lewis Hamilton (kanan) pasti tidak disenangi George Russell.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara Formula Satu (F1) dunia tujuh kali, Lewis Hamilton menuntut kontrak lima tahun bernilai 250 juta pound (RM1.47 bilion) jika pa­sukan Mercedes mahu me­nyambung khidmatnya.

Akhbar Britain, Daily Mail melaporkan, pemandu Britain itu mahu berlumba sehingga usia 43 tahun, namun Mercedes belum memutuskan sama ada bersedia tunduk kepada tuntutannya.

Menurut sumber yang mempunyai pengetahuan tentang rundingan yang berlarutan itu, Hamilton, 38, tidak akan me­nerima perjanjian baharu sekiranya hanya ditawarkan lanjutan setahun.

“Lewis mahu lima tahun, dan jika ia hanya satu tahun lanjutan saya tidak fikir dia akan mene­rimanya.

“Mereka mungkin perlu mencapai kompromi kerana, biarpun George (Russell) menerima idea bergandingan dengan Lewis untuk beberapa tahun tetapi dia mungkin enggan berada dalam bayang-bayang rakan sepasukannya bagi jangka panjang.

“Selalu ada tarikan daripada Ferrari tetapi Lewis mungkin akan berfikir bahawa satu-satunya harapan untuk memenangi gelaran dunia kelapannya adalah dengan kekal di tempat sekarang,” ujar sumber tersebut.

Prinsipal Mercedes, Toto Wolff dan Hamilton sebelum ini bersetuju akan membincangkan isu kontrak selepas musim 2022 berakhir, namun kini ketika saingan 2023 sudah memasuki separuh pusingan kedua-dua pihak belum mencapai penyelesaian.

Wolff minggu ini mendakwa, dia hanya memerlukan beberapa hari, bukan bulan’ untuk mencapai perjanjian, namun Hamilton semalam menepis kenyataan itu kerana dia tidak bersedia untuk berkompromi terlalu banyak.

Itu menunjukkan mereka masih jauh daripada menghampiri penyelesaian, dan ia menjadikan situasi Mercedes-Hamilton semakin ‘panas’ menjelang Grand Prix Kanada esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya