Haikal ibarat ‘digantung tidak bertali’

Haikal ibarat ‘digantung tidak bertali’

KEPUTUSAN Nur Izzuddin Rumsani (kanan) untuk kembali ke pangkuan Goh Sze Fei menyebabkan Muhammad Haikal Nazri bingung mengenai masa depannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Muhammad Haikal Nazri mengakui dirinya kini ibarat digantung tak bertali selepas pasangannya, Nur Izzuddin Rumsani kembali bergandi­ngan semula dengan Goh Sze Fei untuk memburu tiket ke Sukan Olim­pik Paris 2024.

Haikal menjelaskan setakat ini tiada makluman rasmi daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengenai gandingan baharunya, namun jauh dalam sudut hati pemain ber­usia 21 tahun itu mengimpikan untuk berpasangan semula de­ngan gandingan lamanya, Wan Muhammad Arif Wan Junaidi yang digelar digelar ‘Patatimo Boys’.

Bagaimanapun Haikal menga­kui dia tidak boleh bersikap pen­tingkan diri memandangkan Arif kini semakin selesa bergan­dingan dengan Yap Roy King sejak digandingkan enam bulan lalu.

Tambahan Arif dan Roy King pula dijadualkan untuk menyertai Denmark Masters pada 8 Jun depan.

“Dari segi risau tu memanglah ada kerana orang lain akan rancak menyertai kejohanan, jadi kalau boleh saya mahu dapat pasangan baharu dengan segera, saya tak mahu proses itu diambil dengan masa yang lama.

AKSI Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri ketika membentuk gandingan Patatimo Boys.

“Saya ada rasa (rindu dengan Patatimo Boys) dan pernah cuba berbincang dengan Arif, saya sekarang tengah tunggu kata putus dari pihak jurulatih.

“Sejujurnya, saya tak mahu pentingkan diri, sebab saya lihat ranking saya dengan Arif dahulu, mungkin rasa bagus juga kalau kembali bersama tetapi saya tak mahu pentingkan diri sendiri.

“Saya kena fikir mengenai dirinya juga sama ada dia mahu atau tidak, pasal gandingan, saya tidak kisah, janji dapat dengan segera, saya tak mahu dilengahkan,” jelas Haikal yang ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Haikal dan Arif pernah membentuk gandingan ampuh ketika zaman remaja, dan menghuni ranking No. 1 dunia pada 2020. Selain itu mereka pernah memenangi beberapa gelaran bersama antaranya Terbuka Austria, Cabaran Antarabangsa Hellas serta Cabaran Antarabangsa Ukraine pada 2021.

Enam bulan lalu, Izzuddin dan Sze Fei berdepan konflik yang menyebabkan Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky campur tangan .

Rexy terpaksa memecahkan dua gandingan lain bagi memberi pasangan baharu kepada ­Izzuddin dan Sze Fei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya