Ganjaran lebih RM1 juta menanti wira negara - Utusan Malaysia

Ganjaran lebih RM1 juta menanti wira negara

KONTINJEN Para ASEAN pulang dari Kemboja dengan cemerlang mengutip 50 pingat emas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kontinjen negara yang meraih keputusan gemilang dalam Sukan Para ASEAN Kemboja 2023 bakal menerima ganjaran mencecah RM1 juta ­keseluruhan.

Menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), pemenang pingat emas Sukan Para ASEAN bakal menikmati RM20,000, manakala untuk emas yang berikutnya akan me­raih RM10,000.

Bagi acara berpasukan yang kurang daripada lima orang akan diberikan ganjaran RM5,000 seorang, manakala yang lebih akan meraih RM20,000 (satu pasukan).

Kontinjen para negara pada awalnya hanya meletakkan sasaran 33 emas, namun pulang bersama 50 pingat emas, 38 perak dan 34 gangsa dari Phnom Penh.

“Saya pasti kerajaan akan menunaikan apa sahaja yang telah dijanjikan, ia bukan satu masalah walaupun kita memenangi 50 emas.

“Saya percaya Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengajukan perkara ini kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Nilainya mungkin melebih RM1 juta, berdasarkan 50 emas yang kami raih, darab dengan RM20,000, tambah dengan perak dan gangsa, jadi mungkin nilai­nya akan lebih,” kata Setiausaha Agung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk R. Subramaniam dalam Majlis Sambutan Wira dan Wirawati Para ASEAN di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

ABDUL Halim Mohamad bersama lima pingat emas yang dimenangi di Kemboja.

Wira-wira Malaysia turut di­sambut isteri Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Paling bertuah pastinya atlet renang, Abdul Halim Mohamad yang menuai lima emas serta memecah tiga rekod temasya.

“Saya tidak pernah memikirkan hal insentif dan sebagainya, saya cuma cuba mengejar catatan peribadi terbaik kerana mempu­nyai perancangan jangka panjang.

“Selepas ini saya akan bertan­ding pula dalam Sukan Para Asia di Hangzhou, China. Saya anggap ganjaran itu sebagai satu bonus, ibarat durian runtuh, saya rasa sangat bersyukur,” kata Halim.

Menurut Halim, yang membuat penampilan kedua di Para ASEAN, dia amat bersyukur dengan kejayaan yang tidak diduga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya