Eain Yow pertahankan kejuaraan skuasy Asia - Utusan Malaysia

Eain Yow pertahankan kejuaraan skuasy Asia

NG Eain Yow (belakang, empat dari kanan) meraikan kejayaan mempertahankan kejuaraan skuasy Asia bersam pasukan Malaysia di Pusat Skuasy Hong Kong hari ini. S. Sivasangari (belakang, tiga dari kiri) muncul naib juara wanita.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ng Eain Yow berjaya mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki, namun impian untuk menyaksikan Malaysia merangkul kejuaraan berganda dalam Kejohanan Skuasy Asia tidak kesampaian apabila S. Sivasangari tumpas di Hong Kong hari ini.

Turun sebagai pilihan pertama, Eain Yow mudah menundukkan pemain India yang menghuni ranking ke-115 dunia, V. Senthilkumar 11-4, 11-5, 11-6 dalam masa 31 minit.

Senthilkumar yang mengejutkan beberapa pemain pilihan termasuk pilihan kedua, Lau Tsz Kwan di suku akhir dan Ivan Yuen pada separuh akhir, gagal meneruskan kecemerlangannya itu apabila berdepan Eain Yow.

Selain Eain Yow yang kini merangkul dua gelaran Asia, Malaysia pernah mendominasi kejohanan peringkat benua itu sejak tahun 2000 hingga 2011 menerusi Ong Beng Hee, Mohd Azlan Iskandar dan Mohd. Nafiizwan Adnan.

Sementara itu, dalam perseorangan wanita, kemarau gelaran lapan tahun tidak mampu ditamatkan Sivasangari apabila tunduk kepada pemain tuan rumah, Chan Sin Yuk 6-11, 11-9, 9-11, 11-3, 1-11 dalam masa 35 minit.

Kali terakhir Malaysia menjuarai perseorangan wanita ialah menerusi juara dunia lapan kali, Datuk Nicol David pada 2015 dan ratu skuasy negara itu pernah memenangi gelaran Asia sebanyak lapan kali berturut-turut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya