Eain Yow mulakan kempen pertahan gelaran dengan kemenangan

Eain Yow mulakan kempen pertahan gelaran dengan kemenangan mudah

NG EAIN YOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain skuasy No. 1 negara, Ng Eain Yow melepasi halangan awal selepas menundukkan wakil India, Sandeep Jangra dalam usahanya mempertahankan gelaran pada Kejohanan Skuasy Individu Asia 2023 di Pusat Skuasy Hong Kong, Hong Kong, semalam.

Pemain yang kini melonjak dari ranking ke-20 ke tangga No. 17 dunia itu tidak berdepan masalah menewaskan Jangra menerusi kemenangan straight set 11-3, 11-2, 11-5 hanya dalam masa 11 minit.

Wakil tuan rumah, Matthew Lai Cheuk Nam menanti juara bertahan itu pada pusingan kedua selepas mengetepikan pemain Taiwan, Chen Wun Lin 11-4, 11-2, 11-9 dalam masa 18 minit.

Sementara itu, rakan senegara, Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar yang menghuni ranking ke-68 dunia mengalahkan Navid Maleksabet dari Iran 11-5, 11-9, 11-9 dalam masa 27 minit.

Abang ipar kepada pemain skuasy wanita negara, Aifa Azman itu akan beraksi menentang pemain No. 172 dunia, Robert Andrew Garcia pada pusingan kedua selepas wakil Filipina itu dipaksa bekerja keras sebelum menumpaskan Yoo Jae Jin dari Korea Selatan 8-11, 11-9, 11-5, 5-11, 11-9.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S. Maniam ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, Eain Yow dan Addeen mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing pada pusingan pertama.

“Kejuaraan ini masih di peringkat awal dan nampaknya semua berjalan dengan lancar.

“Cuma malangnya Eain Yow dan Addeen bakal bertembung sesama sendiri pada pusingan ketiga jika mereka melepasi halangan pusingan kedua,” katanya di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai lawan yang bakal Addeen temui pada pusingan kedua, Maniam memberitahu, pemain negara itu bakal berdepan Garcia yang merupakan pemain No. 1 Filipina.

“Addeen bakal berdepan Garcia, saya gembira jika dia berjaya melepasi halangan pusingan kedua dan saya yakin dia mampu berbuat demikian,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya