Dua beregu negara ke separuh akhir Kejohanan Asia

Dua beregu negara ke separuh akhir Kejohanan Asia

AIFA AZMAN-Mohammad Syafiq Kamal (baju kuning) sewaktu beraksi menentang Tong Tsz Wing-Tang Ming Hong pada suku akhir Kejohanan Skuasy Beregu Campuran Asia di Hangzhou hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ujian sebenar menanti dua beregu Malaysia, Aifa Azman-Mohammad Syafiq Kamal dan Rachel Arnold-Ivan Yuen pada separuh akhir, esok selepas menundukkan lawan masing-masing di suku akhir Skuasy Beregu Campuran Asia di Hangzhou, China, hari ini.

Aifa-Syafiq yang diletakkan selaku pilihan pertama mudah mengetepikan beregu Hong Kong, Tong Tsz Wing-Tang Ming Hong 11-7, 11-1.
Sementara, Rachel-Ivan turut mengalahkan satu lagi pasangan Hong Kong, Cheng Nga Ching-Matthew Lai 11-3, 11-7.

Bagaimanapun, impian untuk menyaksikan pertemuan sesama sendiri dalam salah satu separuh akhir tidak kesampaian apabila gandingan negara, Noor Ainaa Amani Ampandi-Muhammad Addeen Idrakie tumpas ditangan pilihan ketiga, Dipika Pallikal-Harinder Pal Singh dari India 3-11, 4-11.

Aifa-Syafiq yang diletakkan harapan untuk memburu pingat emas pada Sukan Asia, September ini bakal berdepan Dipika-Harinder, manakala, Rachel-Ivan pula menghitung pertemuan dengan satu lagi pasangan India, Anahat Singh-Abhay Singh.

Sejauh mana peluang Malaysia untuk menggondol pingat emas pada temasya empat tahun sekali itu boleh diukur menerusi separuh akhir, esok, kerana beregu India khususnya gandingan Dipika-Harinder merupakan ujian sebenar buat Aifa-Syafiq.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S. Maniam ketika dihubungi berkata, beliau menjangkakan pertemuan antara Aifa-Syafiq menentang Depika-Harinder akan berlangsung sengit.

“Saya berharap mereka mampu meraih keputusan yang baik pada separuh akhir menentang Depika-Harinder.

“Begitu juga dengan Rachel-Ivan yang turut berdepan satu lagi pasangan India, Anahat-Abhay,” katanya.

Mengulas mengenai aksi suku akhir, Maniam memberitahu, Aifa-Syafiq dan Rachel-Ivan mempamerkan persembahan mantap berdepan dua beregu Hong Kong.

“Dalam game pertama, Aifa-Syafiq diberi tentangan sengit sebelum menutup permainan dengan kemenangan 11-7 dan dalam set kedua pula, mereka beraksi lebih mantap serta fokus dan ia berakhir dengan kemenangan mudah 11-1.

“Untuk pertemuan Ivan-Rachel, mereka bermula sangat baik dan mempamerkan corak permainan menyerang, walaupun ada beberapa kesilapan dilakukan, tetapi mereka akhirnya beroleh kemenangan,” ujarnya.

Bercakap pula mengenai persembahan Ainaa-Addeen yang tunduk kepada Dipika-Harinder, beliau menjelaskan, pasangan negara itu gagal melepasi pertahanan kental beregu India tersebut sehingga kalah straight set. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya