Dicop kaki 'roadblock', PDRM FC buru penyerang import

Dicop kaki ‘roadblock’, PDRM FC buru penyerang import

SABAH FC menjadi mangsa kejutan terbaharu PDRM FC yang menang 1-0 dalam aksi Liga Super terakhir mereka di Petaling Jaya, 8 Jun lalu. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas terke­nal dengan pasukan yang me­ngamalkan corak permainan bertahan dan sering melakukan roadblock, PDRM FC kini menanam impian menajamkan jentera serangan mereka.

Ketua Jurulatih PDRM FC, Azzmi Ab. Aziz berkata, beliau merancang untuk membawa masuk seorang penyerang import baharu pada jendela perpindahan kedua pemain yang akan dibuka pada bulan depan.

Bagaimanapun Azzmi berkata, perancangan itu bergantung kepada reaksi pihak pengurusan memandangkan urusan membawa masuk pemain import baharu akan menyebabkan peningkatan kos kepada pasukan.

“Perancangan untuk dapatkan pemain baharu  pada jendela perpindahan kedua bulan depan memang ada, saya berhasrat bawa masuk seorang pemain import baharu di bahagian serangan.

“Bagaimanapun, saya serahkan kepada pihak pengurusan untuk membuat keputusan. Saya akui memang kita sekarang agak bergelut di bahagian hadapan, penyerang kita tidak tajam, jadi kena buat sesuatu.

AZZMI AB. AZIZ

“Sekarang, kita tidak boleh bergantung harap kepada Uche Agba seorang di bahagian hadapan, dia pun sudah berumur 37 tahun dan perlukan sokongan untuk merobek jaring gol lawan.

“Apa pun, saya harap ada khabar positif dan bajet menyebelahi pasukan. Sekarang pasukan juga sudah pamerkan kebangkitan dan saya harap akan ada sokongan terbaik daripada pihak pengurusan,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Dalam aksi tiga perlawanan terakhir Liga Super, PDRM FC menumpaskan Kelantan FC 4-1 sebelum mengejutkan Selangor FC dan Sabah FC 1-0.

Kejayaan itu menjadi tonik buat The Cops memasuki pusingan kedua Liga Super dan mereka kini positif untuk meneruskan kecemerlangan, sekali gus memperbaiki kedudukan pasukan dalam carta liga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya