Dianggap 'lemah' di negara sendiri, pengadil Malaysia raih pujian

Dianggap ‘lemah’ di negara sendiri, pengadil Malaysia raih pujian

PRESTASI pengadil Malaysia mendapat pujian ketika mengendalikan aksi Indonesia menentang Argentina di Jakarta, Selasa lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun prestasi mereka dalam liga tempatan sering dipersoal dan dilabel sebagai ‘lemah’, namun pengadil Malaysia mendapat pengiktirafan daripada pihak  luar.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan negara jiran sering menggunakan pengadil serta penolong pengadil Malaysia bagi perlawanan liga dan perlawanan persahabatan antarabangsa.

Pada Isnin lalu, tiga pengadil Malaysia diberikan kepercayaan mengendalikan perlawanan persahabatan antarabangsa antara Indonesia dan  juara Piala Dunia, Argentina di Jakarta yang menyaksikan Argentina menang 2-0.

Muhammad Usaid Jamal bertindak sebagai pengadil utama, sambil dibantu oleh Mohd. Mu’azi Zainal Abidin dan Nadziran Eziz selaku pembantu pengadil pertama serta kedua.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, prestasi yang ditunjukkan ketiga-tiga pengadil itu mendapat pujian dan sanjungan daripada penyokong bola sepak di Indonesia.

“Muhammad Usaid menunjukkan prestasi yang cukup matang dalam perlawanan itu. Ia bukanlah satu tugas mudah memandangkan juara dunia dan gergasi Amerika Selatan itu memiliki beberapa pemain terbaik dan terhandal dunia.

“Beliau pernah terbabit dalam tiga perlawanan antarabangsa, termasuk Singapura menentang Vietnam dalam Piala AFF pada penghujung tahun 2022 dan perlawanan persahabatan Indonesia menentang Palestin baru-baru ini.

“Bagi Mohd. Mu’azi yang kini berumur 36 tahun, beliau sudah memiliki pengalaman luas mengadili perlawanan tertinggi di FIFA dan AFC yang mana menjadi antara penolong pengadil yang konsisten dengan prestasinya. Beliau juga terbabit dengan kejohanan Piala Asia 2018 di UAE.

“Nadziran Eziz pula penolong pengadil yang sedang meningkat naik dan menunjukkan prestasi cemerlang di Liga Super Malaysia,” kata FAM. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya