'Debut' Intan Serah bantu pasukan seri

‘Debut’ Intan Serah bantu pasukan seri

INTAN Serah menjadi pemain Malaysia pertama beraksi dalam Liga Premier Bola Sepak Wanita Amerika Syarikat apabila membuat penampilan sulung bersama New York Dutch Lions FC awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hanya 48 jam selepas tiba di New York, Intan Sarah Anisah Zulgafli membuat ‘debut’ (penampilan pertama) bersejarah dalam Liga Premier Bola Sepak Wanita (WPSL) Amerika Syarikat (AS) bersama  New York Dutch Lions FC (NYDL).

Diberi jersi No. 10, pemain bola sepak wanita negara itu diberi peluang menunjukkan bakatnya selama 10 minit dan membantu NYDL seri 1-1 dengan SUSA FC  di Kompleks Sukan SUSA, Long Island di New York, awal pagi tadi.

Penyerang berusia 23 tahun itu, yang lebih dikenali sebagai Intan Serah hanya sempat berehat beberapa jam ekoran kepadatan jadual kerana perlu menjalani latihan sebaik sahaja tiba di New York, dua hari lalu.

“Debut pertama saya bersama @nydlfc dan 10 minit pertama saya dengan bernombor 10. Perlawanan yang bagus, rakan-rakan! Satu mata dan untuk lebih banyak lagi perlawanan selepas ini. Rawr Lions,” tulisnya.

Mengulas keadaan perubahan cuaca di sana, Intan turut bercerita di bahagian IG story beserta kapsyen di gambar-gambarnya mengenai kesejukan luar biasa yang dihadapinya dalam perlawanan itu.

“Cuaca di sini terlalu sejuk. Saya duduk di bangku simpanan, sumpah macam duduk dalam peti ais, jari semua beku, haha.

“Rasa tak boleh warm up (pemanasan badan) biasa, kena masuk microwave je kalau nak panas badan. Tengok last slide (gambar terakhir), selimut pakai semua bip, tapi mereka macam rileks je kan?

“Sangat tak kelakar 5 pagi cerah macam ni sekali,” tulisnya di IG story dengan menunjukkan waktu di New York pada pukul 5.48 pagi dengan cahaya matahari yang sangat terang.

Isnin lalu, Intan mengumumkan di laman sosialnya bahawa dia sudah pun menandatangani kontrak bersama NYDL dan akan bersaing dalam Liga Premier Bola Sepak Wanita (WPSL) dalam perjalanannya melebarkan sayap beraksi di Amerika Syarikat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya