Damok tidak cukup cergas berlumba di Assen

Damok tidak cukup cergas berlumba di Assen

SYARIFUDDIN AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarifuddin Azman tidak akan berlumba pada Grand Prix (GP) Motosikal Belanda di Litar Assen, hari ini, selepas pasukannya memutuskan untuk merehatkan pelumba Moto3 negara itu ekoran keadaan fizikalnya yang belum bersedia untuk berlumba di tahap tertinggi.

Syarifuddin atau lebih mesra dengan panggilan Damok bernaung di bawah pasukan MT Helmets-MSi dan hasil perbincangan bersama pelumba itu kata sepakat dicapai bahawa dia perlu menarik diri.

Damok akan meneruskan pemulihannya dan mungkin kembali beraksi pada GP Britain di Silverstone 4-6 Ogos depan.

Ini bermakna dia mempunyai masa lebih sebulan untuk memastikan dia pulih sepenuhnya sebelum benar-benar bersedia kembali ke kancah perlumbaan.

Damok berkata, keputusan itu diambil selepas dia berdepan kesukaran untuk melakukan ‘hard braking’ sewaktu beraksi di litar.

“Saya kembali selepas kecederaan dan cuba untuk serasikan diri dengan jentera tetapi malangnya, pada sesi latihan bebas, hari ini (semalam), agak sukar untuk saya kerana saya tidak dapat membuat ‘hard braking’ dan sukar membuat peningkatan catatan masa,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh ZK Racing di sini, semalam.

Menurutnya, selepas menimbangkan beberapa perkara, dia dan pasukan mengambil keputusan untuk menarik diri dari GP Belanda.

“Saya akan teruskan proses pemulihan dan mungkin kembali di Silverstone,” ujarnya yang hanya mampu menempatkan dirinya di kedudukan ke-26 (1 minit 44.006 saat) dan ke-25 (1:44.164s) pada sesi latihan bebas pertama serta kedua.

Penarikan diri itu juga bermakna Damok terlepas tiga perlumbaan termasuk GP Itali serta GP Jerman yang telahpun berakhir dan dia bernasib baik tidak keciciran lebih banyak saingan memandangkan Kejuaraan Motosikal Dunia akan berehat selama sebulan selepas aksi di Assen, Belanda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya