Cuma tuntut hak, bukan nak saman sesiapa - Teong Kim

Cuma tuntut hak, bukan nak saman sesiapa – Teong Kim

LIM Teong Kim menunjukkan laporan yang dihantar di Jabatan Perhubungan Perusahaan Ipoh, semalam.- UTUSAN/AZIZAN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tindakannya membuat aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Ipoh bukan untuk menyaman Perak FC atau sesiapa.

Sebaliknya, bekas ketua jurulatih Perak FC,  Datuk Lim Teong Kim hanya mahu menuntut haknya selepas dipecat oleh bekas majikannya itu pada 25 Mei lalu.

“Saya bukan hendak saman sesiapa tetapi sekadar menuntut hak saya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika hadir bersama peguamnya,  Adam Yap di Jabatan Perhubungan Perusahaan Ipoh  di Bangunan Persekutuan di sini, semalam.

Teong Kim berkata, beliau mahu meninggalkan Perak FC dengan cara yang baik.

“Saya datang ke Perak FC dengan baik dan nak tinggalkan Perak FC dengan cara yang baik. Tiada niat yang jahat. I am a sportsman, I behave like a sportsman. That’s all.

“Saya fikir ini bukan kerana saya sahaja, saya tiada ego, saya terima banyak pencapaian dalam karier bola sepak, jadi ini adalah (dipecat) sebahagian daripada bola sepak. 

“Ia normal. Ada jurulatih yang lakukan baik di Bayern Munich, jurulatih Chelsea pun kena pecat. Jadi ianya tiada apa-apa,” katanya.

Sementara itu, Adam berkata pihaknya, mendapati pemecatan Teong Kim sebagai pra-matang kerana dibuat dalam tempoh enam bulan daripada kontrak selama dua tahun.

“Jadi pihak kami mahu menuntut baki  bayaran serta apa-apa bayaran untuk selama 16 bulan itu,” katanya.

Teong Kim sebelum ini merupakan bekas Pengarah Projek Program Pembangunan Bola Sepak Negara (2013) dan Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (2016) dilantik secara rasmi sebagai pengendali Perak FC dengan kontrak dua tahun pada September 2022.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya