Courtois bantu burger Hamilton lebih laris

Courtois bantu burger Hamilton lebih laris

Thibaut Courtois melabur dalam restoran burger Neat Burger milik Lewis Hamilton.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara Formula Satu (F1) dunia tujuh kali, Lewis Hamilton melihat jualan bur­ger vegannya naik mencanak ekoran pelaburan daripada bintang bola sepak Belgium, Thibaut Courtois.

Hamilton pada 2019 me­lancarkan restoran bebas da­ging Neat Burger dan dia kini mempunyai lapan cawangan di London.

Selepas melebarkan perniagaan ke Amerika Syarikat (AS), Financial Times melaporkan, Neat Burger kini bernilai lebih 80 juta pound (RM458 juta).

Pusingan terakhir pembia­yaan memperoleh tambahan 14.5 juta pound (RM83.1 juta) dan penjaga gol Real Madrid, Courtois antara yang akan melabur.

Hamilton, 38, menjadi ­vegan pada 2017 dan pada masa itu dia mendakwa tahap kecergasannya bertambah baik hasil perubahan diet.

Pelumba Britain itu yang juga sebahagian daripada kumpulan pemilik francais NFL, Denver Broncos kini ber­ada di tempat keempat dalam kedudukan F1 dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya