Chong Wei tak layak masuk Dewan Kemasyhuran - Taufik

Chong Wei tak layak masuk Dewan Kemasyhuran – Taufik

TAUFIK Hidayat ketika menjawab soalan dalam program bual bicara di Indonesia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Legenda badminton Indonesia, Taufik Hidayat mempertikaikan kelayakan Datuk Lee Chong Wei sehingga disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2023.

Dalam satu program bual bicara, bekas juara Olimpik dan dunia itu bersetuju Lin Dan dipilih untuk anugerah tersebut tetapi mempersoalkan bagaimana Chong Wei turut tersenarai.

“Dalam pertandingan, yang diambil kira siapa yang juara bukan ditentukan siapa  paling lama (konsisten). Bukan juga ditentukan siapa paling lama berada di tempat pertama.

“Kalau kamu menang 10 kali perak dan hanya satu kali emas, kamu akan pilih yang mana?,” soalnya kepada pengacara ketika diundang dalam rancangan bual bicara di Indonesia.

Selain itu, Taufik mendakwa, pengiktirafan BWF terhadap Chong Wei seperti terdapat unsur pilih kasih kerana lokasi ibu pejabat BWF terletak di Malaysia.

Kata-kata Taufik telah menimbulkan pelbagai reaksi kesal dan marah rakyat Malaysia serta  negaranya sendiri apabila ruang komen Instagram pemain itu dipenuhi kecaman yang mendesaknya meminta maaf kepada Chong Wei.

Sementara itu, Taufik yang seakan-akan tidak terkesan dengan segala kecaman dilemparkan kepadanya sempat memberi komen kontroversi dengan berkata: “‘Pernah juara apa? Sukan SEA? Sukan Asia? Juara Dunia? Olimpik? Hhhhhhhhhhhhhhhhmmmmmmmm jadi buat negara apa? Kita semua kawan.”

Sebelum ini Chong Wei dan Lin Dan dipilih oleh BWF berdasarkan beberapa pencapaian mereka seperti beraksi lima kali dalam Sukan Olimpik dan 10 kali Kejohanan Dunia.

Chong Wei, 41, pernah merangkul 47 kejuaraan Siri Super/Jelajah Dunia dan menjadi pemain No. 1 dunia selama 349 minggu.

Pencapaian tertingginya adalah meraih tiga pingat perak Olimpik dan tiga kali bergelar naib juara dunia.

Lin Dan pula merangkul dua gelaran Olimpik dan lima kejuaraan dunia.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya