CEO MFL kini bergelar Datuk

CEO MFL kini bergelar Datuk

STUART RAMALINGAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

Penganugerahan kepada Stuart itu bersempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

“Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah dan warga kerja MFL mengucapkan tahniah kepada Datuk Stuart Ramalingam atas penganugerahan ini,” kata MFL dalam kenyataan, hari ini.

Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu adalah antara 28 individu yang menerima darjah kebesaran PJN pada istiadat penganugerahan di Istana Negara.

Beliau sebelum ini menggalas tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung FAM sejak 16 Julai 2018 sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MFL pada 1 September 2021.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya