Berhijrah ke Indonesia bukan kerana duit – Rizal

Berhijrah ke Indonesia bukan kerana duit – Rizal

RIZAL Tisin memberi arahan kepada pelumba Indonesia. - IHSAN RIZAL TISIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI: Bekas pelumba berbasikal trek negara, Rizal Tisin menjelaskan pemergiannya berkelana ke negara jiran, ­Indonesia bukan disebabkan faktor gaji yang mahal semata-mata.

Bekas pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2009 itu mahu menimba pengalaman berharga sebagai jurulatih di peringkat antarabangsa.

Rizal yang mula berkhidmat sejak April lalu mengikat kontrak tiga tahun dan diberi tanggungjawab meningkat pelumba berbasikal trek Indonesia ke tahap lebih tinggi.

Dia juga mahu melahirkan jaguh setaraf Datuk Azizulhasni Awang.

“Tidak, saya ke Indonesia bukanlah disebabkan wang semata-mata, malah saya juga merujuk kepada pengendali negara, John Beasley sebelum membuat keputusan ini.

“Beliau secara peribadi memberi galakan kepada saya untuk ke luar negara kerana mahu turut sama mengembangkan sukan berbasikal trek di rantau Asia Tenggara.

“Rancangannya ketika ini adalah untuk melahirkan pelumba trek Indonesia untuk Sukan SEA Thailand 2025.

“Terdapat pelumba endu­rance di Indonesia tetapi mereka tiada pelumba pecut dan sukar untuk menukar pelumba endurance kepada acara pecut.

“Jadi kami akan cuba untuk menjadi pencabar buat pasukan Malaysia untuk memenangi pingat dalam acara trek individu,” jelas Rizal yang ditemui dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai semalam.

Selain Sukan Asia Hangzhou September depan dan Sukan SEA Thailand 2025, Rizal juga dalam usaha mempersiapkan pelumba untuk temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik Paris yang akan berlangsung tahun hadapan.

Cabaran untuk Rizal bagi mencari bakat baharu dalam sukan berbasikal trek di Indonesia memandangkan negara itu lebih menumpukan perhatian kepada acara lebuh raya yang mempunyai keputusan lebih memberangsangkan di peringkat antarabangsa.

“Program lebuhraya dan basikal bukit cukup sempurna di Indonesia tetapi program trek mereka kurang tetapi ia agak lumayan kerana mereka berlumba untuk pasukan wilayah dan banyak bakat-bakat besar.

“Masalah mereka ini cuma mereka tidak mempunyai ­program yang berstruktur untuk berbasikal trek dan saya berharap dapat membantu mereka untuk lebih maju dalam bidang ini,” tambah ­Rizal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya