Beregu Korea nafikan hasrat Ee Yi-Yew Sin di Terbuka Singapura

Beregu Korea nafikan hasrat Ee Yi-Yew Sin di Terbuka Singapura

ONG YEW SIN-TEO EE YI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia terpaksa akur apabila hanya dua wakil sahaja akan beraksi di separuh akhir Terbuka Singapura esok selepas beregu profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin untuk terkandas di peringkat suku akhir sebentar tadi.

Ee Yi dan Yew Sin yang diletakkan sebagai pilihan kelapan ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan Korea Selatan, Choi Solgyu-Kim Won Ho.

Pasangan profesional ini pada awalnya dilihat mempunyai kelebihan apabila kerap mendahului permainan, namun kekentalan mental beregu Korea itu menafikan impian Ee Yi-Yew Sin untuk ke separuh akhir apabila menumpaskan wakil negara dengan keputusan 22-20, 24-26, 22-24 selepas 89 minit bertarung.

Ini bermakna Aaron Chia dan Soh Wooi Yik akan menjadi wakil tunggal negara yang dalam acara beregu lelaki yang masih kekal dalam saingan ini dengan mereka bakal membuat perhitungan dengan wakil China, Wang Chang-Liang Wei Keng esok.

Terdahulu pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengesahkan tiket ke separuh akhir selepas menumbangkan pasangan Hong Kong, Reginald Lee-Ng Tsz Yau dengan keputusan 21-14, 16-21, 21-18.

Tang Jie dan Ee Wei bakal menentang pilihan kedua kejohanan esok, iaitu pasangan Jepun Yuta Watanabe dan Arisan Higashino.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya